PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS (PBSB)
Pengenalan Ikon Komuniti
Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang
pakar atau mahir dan mempunyai pengetahuan yarp mendalam dalam sesuatu bidang
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di
Malaysia. Ianya ada pada peringkat sekolah, peringkat kebangsaan, peringkat
masyarakat, peringkat kebangsaan dan sebagainya. Setiap persatuan akan menyediakan
satu perancangan secara tahunan bagi menjalankan aktiviti dan ianya pasti melibatkan
duit. Oleh itu, pengumpulan dana adalah perlu dan penting bagi memastikan pengumpulan
dana itu berjalan dengan lancar. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber kewangan
dalam sesuatu kelab adalah melalui kutipan yuran tahunan melalui ahli di dalam
persatuan tersebut. Cara ini banyak digunapakai oleh pelbagai kelab bagi
memastikan dana kelab dan sentiasa mencukupi bagi menjalankan aktiviti. Selain
dari cara ini terdapat juga beberapa cara Iain yang boleh seperti kutipan
derma, hasil jualan, sumbangan dari pihak luar dan sebagainya.
Secara ringkas pengenalan bagi Persatuan
Ikon Komuniti yang dipilih adalah Persatuan Belia Serumpun Bayas (PBSB) iaitu
Persatuan Belia yang menggabungkan 3 komuniti kampong iaitu Kampung Mata Air,
Kampung Perana, Kampung Bayas. Ahli-ahli daripada Persatuan PBSB berumur dalam
lingkungan 15 tahun sehingga 35 tahun. Persatuan ini ditubuhkan pada tahun
2003. Persatuan ini juga telah memenangi beberapa pertandingan Persatuan Belia
Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Sumber kewangan persatuan ini diperolehi di
bawah Pejabat Belia Daerah Langkawi dan wakil rakyat Langkawi. Tujuan utama
persatuan ini dibina adalah untuk mengeratkan hubungan belia setempat dan
komuniti kampung.
Persatuan Belia Serumpun Bayas (PBSB) : Menggabungkan 3 komuniti kampung di Langkawi Kedah Darul Aman iaitu Kampung Mata Air, Kampung Perana, Kampung Bayas.
Biografi Ikon Komuniti
Profil & Kelayakan Pengerusi Ikon Komuniti :
Ikon Komuniti : Nama yang diberi adalah Mohammad Amri bin Othman,
merupakan anak ke 8 daripada 11 orang, berumur 29 Tahun, mempunyai Diploma
& Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Matematik Pengkomputeran. Graduasi
daripada UiTM Shah Alam, berasal dari Langkawi, memegang jawatan sebagai
Pengerusi Persatuan Belia Serumpun Bayas (PBSB) dan turut
memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Permuafakatan Mahasiswa Anak
Langkawi. Tempoh memegang jawatan Pengerusi Belia bermula pada tahun 2017
sehingga kini. Manakala Pengerusi Permuafatkatan Mahasiswa Langkawi bermula
tahun 2014 hingga sekarang. Ikon Komuniti yang dipilih ini adalah berdasarkan keaktifan
beliau di dalam apa jua persatuan yang diceburi, ia merupakan belia yang
sentiasa bergiat aktif di dalam bidang kepimpinan di dalam sesebuah komuniti.
Pengalaman Pengerusi
Ikon Komuniti:
- Menjadi seorang pensyarah di
Kolej Komuniti Langkawi 2015 hingga 2019, dalam bidang Matematik &
Teknologi Maklumat.
- Pernah menjalankan latihan
industry selama 6 bulan Dewan Parlimen Malaysia beralamat di Menara
Parlimen Malaysia.
- Pernah melibatkan diri dalam
bidang pembinaan bersama Johor Coperation selama setahun.
- Pernah menerima Anugerah Sebagai Tokoh Pelajar dan
turut menerima Anugerah Pelajar Kokurikulum Terbaik di Daerah Langkawi.
- Turut melibatkan diri dalam
IronMan Langkawi Extreme Challenges
- Sebagai peserta Wildeness
Adventure Malaysia mewakili Negeri Kedah.
- Pernah mewakili Negeri Kedah
dalam Program Nadwah Kepimpinan Pelajar-Pelajar Islam di Negeri Sabah
- Pernah menganjurkan program
Warna Warni Larian Amal Charity Run (Colourity Run)
- Turut membantu barisan hadapan
dalam menyediakan pelindung muka (Face Shield) bagi memerangi pandemic
Covid-19
Keluarga Ikon Komuniti / Aktiviti Komuniti:
Tagline Persatuan:
Persatuan
Ikon Komuniti |
Belia Penyambung Warisan
Slogan:
Belia Penggerak Wawasan Negara
“MENJADI SEORANG BELIA DAN ANAK MUDA KITA
SEHARUSNYA MEMPUNYAI JATI DIRI YANG TEGUH KERANA KITA MERUPAKAN PELAPIS MASA
HADAPAN YANG AKAN MEMACU NEGARA”.
Maklumat
Carta Organisasi:
PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS (PBSB)
Sumber: Minit
Mesyuarat Agung Tahun 2020 Persatuan Belia Serumpun Kampung Bayas, Mukim Ulu
Melaka, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Tahun
persatuan dilaksanakan :
Sijil Pendaftaran 3 Julai 2003
VISI:
“Bermatlamat agar menwujudkan hubungan baik diantara belia
dan komuniti kampung agar dapat mengeratkan hubungan saksama serta menjadi
pemangkin masa hadapan.
MISI:
“Persatuan komuniti ini dianjurkan sejajar dengan matlmat untuk
meremajakan hubungan yang dapat berdaya saing, dinamik dan memenuhi kehendak
semasa. Maka persatuan ini menjadi platform untuk belia membina sifat
kepimpinan dalam diri bagi memenuhi dan menghadapi keperluan semasa serta
menjalinkan ukhuwwah antara komuniti.”
OBJEKTIF:
1) Meningkatkan nilai jati
diri pemimpin belia serta memantapkan diri menuju impian menjadi insan kamil
dari pelbagai aspek.
2) Untuk memastikan belia
membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara
efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
3) Membolehkan persatuan
komuniti mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan,
menganalisis dan menilai perbincangan.
4) Membolehkan persatuan
mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan abur serta
membuat penilaian yag berjustifikasi dalam pembangunan komuniti.
5) Memberi peluang kepada
belia mengembangkan kreativiti dan membimbing belia menghayati dan mengamalkan
untuk pembangunan usahawan.
6) Memperkasakan matlamat
belia untuk melahirkan insaniah yang berdaya saing dan produktif pada masa akan
datang.
FUNGSI
PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS (PBSB)
Ø Menjadikan persatuan
komuniti sebagai satu tonggak utama dalam mengeratkan hubungan silaturahim
antara komuniti kampung.
Ø Fungsi persatuan ini
adalah sebagai penggerak kepada anak muda dalam berinteraksi dengan masyarakat
komuniti setempat.
Ø Merupakan satu inisiatif
kepada komuniti belia setempat iaitu Kampung Bayas, Kampung Perana, Kampung
Mata Air dan Kampung Bukit Temin, tujuannya adalah menambahbaik aktiviti di
kampong dengan mengisi masa luang belia agar tidak melibatkan diri ke arah
negatif.
Ø Sebagai pendorong utama
untuk wujudnya hubungan silaturahim antara satu sama lain. Pada masa yang sama,
mewujudkan satu komuniti dan masyarakat yang sentiasa memberi kerjasam,
memberikan pandangan, memberi pendapat walaupun dari kampong yang berbeza.
Melahirkan sebuah komuniti yang saling bertolak ansur, saling memahami, saling
memberi bantuan kepada penduduk kampong yang memerlukan.
Ø Menjayakan aktiviti
kampung dengan lebih strategik di mana menguatkan semula fungsi Rukun Tetangga
dimana ia melibatkan semua warga komuniti kampung tak kira tua dan muda.
Contoh Aktiviti Komuniti Persatuan Belia Serumpun Bayas
(PBSB)
1. Mesyuarat Tentatif Program Tahunan. Setiap perjalanan program tahunan akan dibincang sebelum masuk tahun baru
3. Program bubur lambuk tahunan setiap ramadhan. Persatuan PBSB bayas menjadi tunggak utama dlm penyediaan bubur lambuk
PERSATUAN BELIA SERUMPUN BAYAS
DEWAN
ORANG RAMAI KAMPUNG BAYAS, MUKM ULU
MELAKA 07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
Belia
Penggerak Wawasan Negara
Sumber Rujukan:
Menggunakan kaedah
menemuramah (interview) bersama Pengerusi Persatuan melalui aplikasi media
social WhatsApp (voice note, video call)
No comments:
Post a Comment