PEMIMPIN YANG BERDEDIKASI DAN AMANAH DI
KAMPUNG BATU SATU SUKU: MOHD NOR BIN ALI
Prepared by Nurul Diyanah Basirun
Student ID: 2016418964
PENGENALAN
Pengerusi Persatuan Penduduk adalah
merupakan pemimpin bagi sesebuah kawasan perumahan yang dilantik untuk
menguruskan dan mengetuai aktiviti serta program kemasyarakatan bagi penduduk
setempat. Tambahan pula, pengerusi juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi
dengan penduduk kampung. Sebagai contoh, salah seorang yang bertanggungjawab
untuk menerima laporan, aduan, masalah dan rayuan daripada penduduk setempat
jika terdapat isu atau masalah yang berlaku. Pengerusi persatuan ini juga
dikehendaki membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihapi oleh penduduk
setempat supaya kawasan perumahan tersebut lebih selesa dan harmoni.
PROFIL KOMUNITI IKON KAMPUNG BATU SATU
SUKU
Nama: Mohd Nor bin Ali
Umur: 53 tahun
Tarikh lahir: 4 November 1967
Kelulusan: SPM
Pengalaman: Setiausaha Persatuan Penduduk Kampung Batu Satu Suku
Foto 1: Sambutan Hari
Raya bersama DS Liow Tiong Lai
dan yang turut hadir
Senator Dato Ho Khai Mun (dari kiri),
Dato Pegawai Daerah
Bentong (dari kanan)
Foto 2: Ucapan kata alu-aluan daripada
En. Mohd Nor,
Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung
Batu Satu Suku
Foto 3: Persatuan ini menggunakan slogan ‘Kampungku’
sebagai kata-kata perangsang dan
semangat bagi
perpaduan penduduk setempat
FUNGSI DAN OBJEKTIF PERSATUAN PENDUDUK
KAMPUNG BATU SATU SUKU
Persatuan Penduduk Kampung Batu Satu
Suku ditubuhkan bagi menjaga kebajikan dan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan
dengan penduduk setempat. Hal ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara satu sama lain dan juga memupuk semangat kejiranan dan kerjasama yang
baik di kalangan penduduk setempat. Antara objektif Persatuan Penduduk Kampung
Batu Satu Suku adalah:-
- Mentadbir
dan menyelenggara kawasan Kampung Batu Satu Suku supaya ianya menjadi suatu
tempat kediaman yang selamat, hormoni, bersih dan indah.
- Menganjur
aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengeratkan hubungan penduduk
setempat.
- Mencegah
dan membenteras kegiatan yang tidak sihat seperti maksiat, gejala sosial dan
lain-lain kegiatan yang menyalahi undang-undang negara.
- Membantu
kebajikan ahli-ahli persatuan.
Foto 4: Pelancaran sukarelawan AlRahmah Yadim dan Majlis Hari Raya pada 24 Jun 2019 |
Foto 5: Sekitar Program Bersama Pelajar Upm Program Literasi Media dan Khidmat Komuniti Siri ke 4 pada tahun 2018 |
Foto 6: Program Literasi Media dan Khidmat Komuniti yang diadakan pada 18 November 2018 |
Foto 7: Program Bubur Asyura bersama komuniti Kampung Batu Satu Suku bersama Arif Pahang Barat pada Oktober 2018 |
Foto
8: Aktiviti gotong royong kami bersama pelajar
UPM |
Foto 9: Surau lama kg batu satu suku jalan tras sedia utk digunakan uyk aktiviti ibadah dan kemasyarakatan penduduk setempat |
Foto
10: Mesyuarat Persatuan Persatuan Penduduk
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Indera Mahkota |
Foto
11: Aktiviti pembaikan semula Surau Lama Kg
Batu Satu Suku |
Foto 12: Program Gotong Royong Perdana Kg Batu Satu Suku Jalan Tras Bentong bersama Universiti Putra Malaysia |
Foto 13: Program Literasi Media dan Gotong Royong bersama belia Kampung Batu Satu Suku, Jalan Teras, Bentong Pahang |
No comments:
Post a Comment