TAJUK:
PEMIMPIN BERWAWASAN KAMPUNG PARIT TOK NGAH, KUALA KURAU: ENCIK HAMZAH BIN MD
RASIDI
Disediakan
Oleh: Natasha Farina Bt Muhammad Faisal (2016419018)
Pengenalan Ringkas Ikon Komuniti:
Ikon
komuniti berkeupayaan memberi sokongan, mengambil risiko, aktif sentiasa
terkehadapan membina kebersamaan, berpengaruh, kreatif, inovasi, dan berorientasikan
matlamat. Seseorang ikon komuniti akan berkomunikasi dengan komunitinya untuk
memperolehi kerjasama bagi menjayakan pencapaian. Dalam memimpin sesebuah
komuniti, peranan kepimpinan adalah penting dalam usaha menjayakan keharmonian
dan memupuk semangat kerjasama. Komuniti ikon sangat berpengaruh dalam
mendapatkan perubahan sikap dan tingkah laku dan agak hamper sama dengan apa
yang mereka berpengaruhi. Ikon komuniti mungkin dikenalpasti daripada kedudukan
dan kredibilitinya dalam masyarakat. Ada juga dikenalpasti melalui pengukuran
yang diterima umum seperti anugerah. Malahan ada juga mempunyai pengaruh dan
kepakaran hasil daripada umur dan pengalaman yang banyak. Sehubungan itu, dalam
penyaluran maklumat melalui tahap, komuniti ikon tidak semestinya memegang
jawatan rasmi dengan kuasa dan keistimewaan dalam sesuatu komuniti tetapi bertindak
sebagai penghubung yang memaklumkan komuniti lain mengenai kepentingan antara
pelbagai maklumat. Ikon komuniti mempunyai peranan yang besar dan mampu
mempengaruhi tindakan komuniti tertentu. Walau ikon komuniti seringkali
dikaitkan dengan mereka yang mempunyai jawatan tertentu dalam masyarakat atau
organisasi tetapi pemimpin mempunyai definisi yang tersendiri. Ciri-ciri seorang
ikon komuniti pendapat juga berbeza dari seorang individu kepada individu yang
lain berdasarkan sifat semulajadi individu berkenaaa. Sekiranya digunakan
dengan baik, medium ikon komuniti mampu menjadi medium yang berkesan bagi
penyampaian mesej-mesej tertentu kepada komuniti yang disasarkan.
Profil Ikon Komuniti
Nama: Encik Ahmad Bin
Hamid
Lahir Pada Tahun: 6 Januari
1967
Alamat: No 562, Kampung Tok Ngah, 34350 Kuala Kurau
Perak.
Jantina: Lelaki
Status Perkahwinan:
Berkahwin
Kelayakan: Sijil Rendah Pelajaran Di Smk Sri Kurau
Penghulu Mukim Kuala Kurau / Penasihat
Kampung
Pengalaman
- Encik Ahmad menjadi penghulu mukim dan penasihat kampung dari tahun 2005 hingga 2007 dan dari tahun 2009 hingga sekarang.
- JK Pelaksana Masjid (Surau)
Aktiviti Komuniti
- Lawatan Tuan Pegawai Daerah Kerian
- Lawatan DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Besar
- Keluarga Ikon Komuniti yang Dipilih
· Slogan: Menyebar Kebaikan Bersama Penduduk Setempat
Gambarajah memberikan
maklumat organisasi (tahun ditubuhkan/ visi/ misi / dan objektif, fungsi)
Logo
"Desaku Aman Dan Damai"
Maksud Logo:
- ·
Biru melambangkan perpaduan penduduk
kampung dari pelbagai kaum yang hidup bersatu padu dan harmoni.
- ·
Putih melambangkan kebersihan yang
diamalkan oleh penduduk kampung.
- ·
Merah melambangkan semangat keberanian
penduduk kampung.
- ·
Buku melambangkan keutamaan penduduk dalam
menimba ilmu pengetahuan.
Susun Atur Kampung
Info JKK
Di
peringkat pentadbiran daerah, Kampung Tok Ngah ditadbir di bawah Pejabat Daerah
Kerian iaitu Tuan Pegawai Daerah Kerian dan dibantu oleh 2 orang Penghulu Mukim
serta seorang Ketua Kampung.
Contoh Aktiviti Komuniti
- Lawatan Tuan Pegawai Daerah Kerian
Pada
1 April 2010, Tuan Pegawai Daeah Kerian, Tuan Haji Ismail Hassan, Ybhg Cikgu
Chop dan Ketua Ketua Jabatan Daerah Kerian telah menghadiri Mesyuarat
Penyelarasan Mukim Kuala Kurau bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Kuala Kurau.
Selepas bermesyuarat, Pegawai Daerah dan rombongan telah melakukan lawatan
kerja ke beberapa tempat dan antaranya ialah di Sekolah agama Rakyat Al
Aziziah, Kampung Tok Ngah. Sempena lawatan tersebut, beberapa aduan dan masalah
sekolah telah disampaikan kepada beliau oleh pihak Ketua Kampung Tok Ngah dan
AJK SAR Al Aziziah demi untuk memajukan lagi sekolah tersebut. Semua aduan dan
masalah tersebut sedang dalam perhatian Tuan Pegawai Daerah Kerian
- . Lawatan
DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Besar
Pada
26 Mac 2010 jam 4.30 petang, Kampung Tok Ngah menerima lawatan DiRaja yang mana
baginda berdua berkenan untuk membuat lawatan ke sangkar ikan di sekitar Sungai
Kurau melalui Jeti Pasukan Marin Kuala Kurau yang terletak di dalam kawasan
Kampung Tok Ngah. Sebelum ke sini, baginda berdua telah membuat lawatan kerja
ke Pejabat Daerah Kerian dan Tanjung Piandang. Rombongan baginda turut diserta
YAB MB Perak dan ketua ketua jabatan negeri dan persekutuan dan disambut dengan
penuh meriah oleh penduduk tempatan.
- KOSPEN 2016
Aktiviti
ini melibatkan pameran kesihatan, saringan kesihatan dan aktiviti-aktiviti yang
dapat mengeratkan silaturahim sesama penduduk. Penganjur tersebut ialah JKKK Kg
Parit Tok Ngah dan Pejabat Kesihatan Daerah.
- Merapatkan
Silaturrahim Ahli-Ahli Keluarga Di Perantauan Melalui Program Balik Kampung.
Objektif
program adalah mengembalikan nostalgia zaman kecil peserta sebelum membawa
haluan masing-masing ke perantauan disamping mengeratkan kembali silaturrahim
sesama saudara kampung.
No comments:
Post a Comment