PEMIMPIN BERWAWASAN BUKIT
CHERAKAH: EN. AIZAT MOHAMAD BIN MUSA
Penulis
Mohd Zulkhairi Bin Mohd Zaki
(20175456203)
En. Aizat Mohamad Bin Musa merupakan
ketua kampung di kawasan Kampung Felda Bukit Cherakah yang berasal dari Kuala
Selangor. En. Aizat Mohamad kemudiannya berpindah ke kampung Felda Bukit
Cherakah yang mula dibuka pada tahun 1989 dan En. Aizat Mohamad merupakan
generasi kedua ketika kampung ini dimajukan.
En. Aizat Mohamad mempunyai
seorang isteri dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Dari
segi pendidikan pula, En. Aizat Mohamad mula mendapat Pendidikan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Cherakah dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru untuk
peringkat menengah. Menurut En. Aizat, pada usia 12 tahun dia lebih meminati
bidang IT dan komputer. Kemudian En. Aizat Mohamad menyambungkan pelajaran ke Majlis
Latihan Vokasional Kebangsaan dalam bidang kejuruteraan komputer. Seterusnya, En.
Aizat Mohamad memulakan kerjaya sebagai seorang kontraktor dengan mengambil
sebutharga atau tender dari TM Net. Pada tahun 2016, En. Aizat Mohamad telah
dilantik menjadi ketua kampung pada usia 31 tahun.
Foto: En. Aizat dan keluarga
Terdapat beberapa pengalaman En.
Aizat sepanjang menjalankan tugas sebagai ketua kampung. Antara pengalaman yang
mencabar adalah ketika beliau mengendalikan projek perancangan bembangunan
komuniti luar bandar. Menurut En. Aizat, tujuan projek ini diwujudkan adalah untuk
mengenalpasti berapa jumlah penduduk yang berpendapatan tinggi dan
berpendapatan rendah. Ini adalah kerana terdapat ramai penduduk yang tergolong
dalam golongan miskin tegar. Isu ini terjadi kerana jumlah warga emas yang
tinggi dan jumlah migrasi ke bandar yang banyak untuk golongan muda.
Sebagai penyelesaian, En. Aizat
telah bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk memberikan bantuan kepada penduduk. Bantuan yang disediakan
termasuklah bantuan kewangan dari Tekun Nasional dan Bantuan Blueprint. Selain
itu, En. Aizat memberitahu bahawa kata-kata semangat yang memotivasikan diri
beliau ialah; ‘Sebagai seorang ketua, sesuatu kejayaan adalah apabila kita berjaya
menjadikan orang lain turut berjaya bersama kita’.
Untuk tokoh yang menjadi
inspirasi En. Aizat ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. En. Aizat menjadikan Tun
Dr. Mahathir sebagai inspirasi adalah kerana Tun Dr. Mahathir ialah seorang
yang berpandangan jauh dan Tun Dr. Mahathir menitikberatkan terhadap pengukuhan
ekonomi masyarakat di luar bandar. Seterusnya, harapan En. Aizat untuk Kampung
Felda Bukit Cherakah pada masa akan datang adalah untuk memperkasa dan
memperbaharui ekonomi bangsa Melayu. Dia juga berharap agar penduduk dapat
mengubah mentaliti dan bersifat lebih terbuka dalam menerima sebarang
perubahan. Menurut En. Aizat, kunci kejayaan untuk masyarakat adalah terletak
ditangan masyarakat itu sendiri.
Carta: Carta organisasi JKKK Kampung Felda Bukit Cherakah
Antara aktiviti komuniti yang
dilakukan di Kampung Felda Bukit Cherakah ialah: -
1. Gotong-royong bersama JKKP dan
JKKK di Kampung Felda Bukit Cherakah
Foto: Aktiviti gotong-royong JKKK di Kampung Bukit Cherakah
2. Program membaik pulih padang
futsal untuk kemudahan awam
3. =Majlis
Qurban yang dilakukan pada setiap tahun
Foto: Ahli JKKK terlibat dalam Majlis Qurban
No comments:
Post a Comment