Wednesday, June 24, 2020

PEMIMPIN TAMAN KEMAJUAN RAUB,PAHANG: ENCIK JASMANI BIN JAMALUDDIN

Disediakan oleh: Tengku Luqman Ikram Bin Tengku Khairul Ismail (2016419034)



                                        Encik Jasmani Bin Jamaluddin di ruangan pejabat beliau.

Encik Jasmani Bin Jamaludin yang kini berusia 62 tahun merupakan seorang pesara kerajaan. Beliau menamatkan khidmat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh dengan jawatan terakhir sebagai Juruteknologi Makmal (U40). Selain itu, beliau merupakan ayah kepada 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan yang membuatkan dirinya dianggap ayah oleh golongan muda setempat.
Encik Jasmani Bin Jamaludin, lebih mesra dipanggil ‘Apak’ oleh golongan muda dilahirkan pada tahun 1958. Beliau dilahirkan di dan dibesarkan di Raub, Pahang membuatkan dirinya tidak asing lagi sebagai anak jati Pahang.
Sebelum melanjutkan pelajaran, ‘Apak’ menerima pendidikan di Sekolah Mengengah Raub yang dikenali kini sebagai Sekolah Menengah Tengku Kudin. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Institute of Medical Research di Kuala Lumpur pada tahun 1977. 3 tahun kemudian, beliau Berjaya mendapatkan Diploma dalam jurusan Biochemistry & Human Nutrition. Kemudian, bermulalah khidmat beliau kepada kerajaan di selepas menamatkan pengajian.


Persatuan Penduduk Taman Kemajuan yang dikenali sebagai KRT Taman Kemajuan Raub pada hari ini.


Beliau dipilih sebagai ikon komuniti kerana usaha dan jasa beliau terhadap penubuhan Persatuan Penduduk Taman Kemajuan Raub, Pahang. Secara ringkasnya, Taman Kemajuan di Raub, mula didiami bermula pada tahun 1980. ‘Apak’ merupakan penduduk terawal di taman perumahan ini pada ketika itu. Selepas beberapa tahun di sini. Beliau mula menubuhkan Persatuan Penduduk Taman Kemajuan untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Usaha beliau pada ketika itu bukan sahaja menarik minat golongan seusia beliau, malahan juga golongan yang lebih muda. Rata – rata golongan muda pada ketika itu sudah berusia 40-an pada tahun ini, hasil usaha ‘Apak’ dan jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Kemajuan masih menjadi buah mulut mereka. Walaupun sudah ditubuhkan lebih kurang 40 tahun, Persatuan Penduduk Taman Kemajuan masih menjalankan aktiviti hingga hari ini.

                          Aktiviti memanah di Padang Taman Kemajuan pada setiap petang.

Aktiviti ini menarik minat semus golongan usia untuk turut serta sekaligus merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk setempat.


Penduduk wanita dan kanak – kanak Tama Kemajuan pada hari Karnival “Moh Kenali dan Sayangi Kampung Kita” bertempat di Dewan Padang Taman Kemajuan.


Pembaikpulih pusat operasi KRT Taman Kemajuan.


Menghias pusat operasi KRT Taman Kemajuan dengan Jalur Gemilang sempena dengan bulan kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...