Tuesday, June 23, 2020

PEMIMPIN BERWIBAWA MAJLIS PERMUAFAKATAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA: WAN ISMAIL HASHIM

by Siti Nor Zulaikha Awang

Ikon komuniti merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam satu pertubuhan ataupun organisasi. Kewujudan ikon komuniti yang berada dalam organisasi mempunyai struktur yang tersendiri mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh ikon komuniti bagi mendorong pengikutnya meningkat tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang ikon komuniti.

Kemahiran ikon komuniti merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa. Kemahiran bekerjasama amat ditekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang ikon komuniti, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan. Apabila diberikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka, mereka akan berasa segan untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan ikon komuniti,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah diperlakukan baik kepadanya. Oleh yang demikian, seseorang ikon komuniti perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan masyarakat di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan

Bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang ikon komuniti perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi. Ikon komuniti itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang. Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi ikon komuniti supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan. Sesungguhnya,ikon komuniti memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya. Ikon komuniti merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi. Kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada ikon komuniti yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.


INFO UNTUK DIHUBUNGI & MAKLUMAT PERIBADI


Nama                          : Wan Ismail Hashim

 Alamat                       :  No. 41, Jalan Seri Pagi 7,

                                        Saujana Utama 47000 Sg. Buloh

                                        Selangor Darul Ehsan  

 Nombor Telefon         :  019-2341 911 

Emel                        : tripleonezone@gmail.com

Tarikh Lahir                : 08 Julai 1972

Jantina                         :  Lelaki

Kewarganegaraan       :  Malaysia

Status Perkahwinan     : Berkahwin (5 anak perempuan)

Pasangan                     : Norizan Binti Abd Rashid


KEMAHIRAN & KEMAMPUAN

KEKUATAN

  •   Rasa bertanggungjawab
  •  Boleh dipercayai
  •  Bersedia untuk belajar perkara baru
  • Keupayaan untuk tetap tenang di bawah tekanan
  • Komited dan berkarisma

# Think Positif. Masalah akan selesai bila kita focus pada penyelesaian masalah…

# “Kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita dan dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain…

# Berkongsi Kebaikan…


KELAYAKAN PROFESIONAL & PENGIKTIRAFAN SOSIAL

  • Pengerusi, Saujana Utama Resident Association (SUtRA 1
  • Timbalan Pengerusi, Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama Zon 8 MDKS
  •  Penyelaras, Task force Bencana Covic-1 9 PWR Saujana Utama
  • Pengerusi, Biro Infra Dan Kemudahan Awam Saujana Utama (MPPSU)
  • Penyelaras, Bencana & Keselamatan Saujana Utama bersama Agensi Kerajaan
  • Moderato DUN, PWR Paya Jaras (Saujana Utama)
  • PIBG SK Saujana Utama
  • Ahli Kehormat, Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama (PBSSU)
  • Penyelaras PDK (JKM) Saujana Utama
  •   Pengasas Bersama Car Boot Sale (CBS) Saujana Utama (Perdasama & MPPSU)
  •   Penyelaras Bazar Ramadhan Saujana Utama
  •   Pengasas Pasar Malam Saujana Utama (SUtRA 1 & MDKS)
  •  Pengasas Bersama Pasar Tani FAMA Saujana Utama
  •   Patron, SK Seri Pristana Sg Buloh
  •   Pengerusi, PEWARIS Pra Sekolah SK Saujana Utama
  • JK Pelaksana Masjid (Surau) An-nur, Seri Pagi Saujana Utama
  • AJK KRT Saujana Utama, JPNIN Selangor
  • Ahli Perdasama Selangor
  •   Penaung, Persatuan Penjaja Dan Penjaja Saujana Utama

TAHUN

AKTIVITI

Disember 2016

CIDB National Accredited Renovators (CNAR), MDKS, De Palma Inn

Oktober 2016

Kemahiran Installer IBS, CIDB & MARA, Grand Campbell Hotel

 

Oktober 2016

Smart Selangor, Acappella Suite Hotel Shah Alam, SUK Selangor

 

Februari 2015

Bengkel JKP 2015, UiTM Kampus Puncak Alam, MDKS

Disember 2010

IBS (Light Weight Block Wall System), CIDB &MARA, Putra Hotel KL

1996

KCOPC British Institute of Cleaning Science (BiCS UK), UiTM Shah Alam

1994

COPC, British Institute of Cleaning Science (BiCS UK), UiTM Shah Alam


 SEJARAH & PENGALAMAN PEKERJAAN


Syarikat

Jawatan

Industri

 

 

Triple One Resources

 

 

 

Pengarah (Pemilik)

 

 

 

Kontraktor Umum

 

 

Highscape Holdings SDN BHD

 

 

Pengurus projek

 

 

Kontraktor Landskap

 

 

Saujana M & E Engineering

 

 

Pengurus Besar

 

 

M & E Kontraktor

 

Crc Cleaning Management & Consultancy

 

 

Penyelaras Latihan

 

 

Perunding Latihan

 

Syr Marketing Services

 

 

Eksekutif Pemasaran

 

 

Pengedar - Industri Pembersihan

 

 

Exquisite Circle (M) SDN BHD

 

 

Pengurus projek

 

 

Pengurusan projek


 

RUJUKAN


Secara Peribadi

Jawatan

Nombor Dihubungi

 

Yb. Mohd Khairuddin Bin Othman

 

 

Exco Selangor / ADN Paya Jaras

 

03-6140 1590

 

 

Tuan Husain Bin Idris P.P.T

 

Penghulu Mukim

 

012-652 9665

 

 

 

Sjn Abdul Ghani Yahya (OCS)

 

 

Ketua Polis Balai Saujana Utama

 

019-256 0837

 

 

Cikgu Ikhsan Bin Ahmad

 

 

Guru Besar SK Saujana Utama

 

012-687 0605

 

 

Tuan Azman Bin Razak

 

 

Ketua Balai PBS Saujana Utama

 

019-227 4373

 

 

Dato’ Mohamad Kamal Bin Malik

 

Pengarah Urusan Arena Hakikat SB

 

013-500 0797

 

 

 

 

Encik Wan Ismail Bersama Isteri Dan Lima (5) Anak Perempuannya

Komuniti Aktiviti Yang Dilakukan Bagi Menyambut Sambutan Maulidur Rasul Bagi Tahun 2020

 Perbincangan Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama Bersama Wakil RA Elmina Green Berkaitan Isu Jalan Masuk Elmina Sime Darby

Kata-Kata Perangsang Yang Menjadi Motivasi Encik Wan Ismail Hashim Dalam Hidup Agar Lebih Positif Dan Bahagia Bersama Keluarga Tersayang

v  Think Positif. Masalah akan selesai bila kita focus pada penyelesaian masalah

v  “Kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita dan dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain

v  Berkongsi Kebaikan

Aktiviti Riadah Encik Ismail di Elmina East Township – Sime Darby Property

Aktiviti Riadah Encik Ismail di Sungai Buloh Country Resort Saujana Utama

Encik Ismail Bersama Jiran, Azlee Senario

Berdasarkan kata-kata perangsang yang menjadi motivasi Encik Wan Ismail Hashim, dengan adanya kata-kata perangsang sebegini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat agar peka dengan pentingnya pemikiran positif bagi mendapat setiap penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi, kebaikan mempermudahkan urusan orang lain agar Allah selalu mempermudahkan urusan kita serta beringat agar dalam rezeki kita pasti terselit rezeki orang lain dan kita hendaklah berkongsi rezeki dan tidak kedekut kerana banyak manfaatnya apabila berbuat baik terhadap orang lain terutama sekali komuniti masyarakat kita sendiri. Tidak dilupa juga sentiasa berkongsi kebaikan bersama semua agar hidup sentiasa aman dan harmoni.

Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama Zon 8 (MPPSU) ditubuhkan pada bulan Ogos 2015 bernaung di bawah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dengan gabungan lebih 37 Jawatankuasa Penduduk (JKP) di Saujana Utama/Pristana/Seri Alam & Hill Park. MPP Saujana Utama ini diasaskan oleh Wan Ismail Hashim.

STRUKTUR PENTADBIRAN MAJLIS PERMUAFAKATAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA (MPPSU)

Visi/Tujuan Penubuhan MPP Saujana Utama

  • ·      Memperkukuh dan memperkemaskan fungsi dan tugas MDKS

  • ·         Menjadi perantara menyalurkan aduan, permintaan, masalah dan kehendak penduduk kepada pihak berkuasa dan agensi kerajaan

  • ·         Menggalakkan penyertaan komuniti dalam semua aktiviti yang dianjurkan

  • ·         Memantau aktiviti yang dijalankan oleh JKP yang bernaung di bawah MPP

  • ·         Menyemak dan seimbangkan/memantau pembangunan dan kemudahan yang dilaksanakan oleh kerajaan serta agensi berkaitan utk komuniti setempat

  • ·         Melaksanakan aktiviti Local Agenda 21 ke arah pembangunan mampan

 Objektif Penubuhan MPP Saujana Utama

  • ·        Meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup masyarakat di peringkat komuniti 
  • ·         Menyediakan mekanisme yang sistematik bagi melaksanakan perkhidmatan perkhidmatan, kerja sosial dan intervensi sosial khususnya dalam aspek kejiranan dan komuniti
  • ·     Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan melalui pendekatan integrasi sosial yang berterusan di kawasan berisiko tinggi yang berpotensi menghadapi ketegangan dan pergeseran kaum

 

 Fungsi MPP Saujana Utama

  • ·    Menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar, undang-undang, garis panduan, peraturan, inisiatif, program dan aktiviti pihak berkuasa
  • ·         Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk bandar melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan (self-help)
  • ·         Bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengawasi keselamatan kejiranan
  • ·         Membantu pihak berkuasa dalam menangani isu-isu kebersihan, kesihatan dan alam sekitar
  • ·     Membantu pihak berkuasa dalam merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan projek-projek infrastruktur, kemudahan awam dan sosio ekonomi bandar
  • ·     Menyalurkan maklumat, maklum balas, aduan, masalah, permintaan atau keperluan penduduk dari peringkat akar umbi bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan

Logo Majlis Permuafakatan Penduduk Saujan Utama (MPP) Saujana Utama

Logo Persatuan Penduduk Saujana Utama (SutRA 1)

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama (MPPSU) Selangor



Majlis Pendaftaran Kelab Bola Sepak MSU FC Bagi Tahun 2020

 

Program Khatan Perdana yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mohd Khairuddin Othman diwakili oleh Encik Hamka Hassan, Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri Paya Jaras

Program Karnival Sihat Selangor “Diabetes” Diadakan Bagi Menggalakkan Penduduk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat


Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama Zon 8 (MPPSU), Barisan Penuh Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama MPPSU 2019/2021

Ihya Ramadhan Majlis Iftar DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Fakir, Miskin Dan Saudara Kita Serta Perasmian Masjid Kampung Sungai Terap, Tanjung Karang, Selangor

 

 




No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...