IKON KOMUNITI PEMIMPIN JKKK CHENDERING: ENCIK WAN ABD HALIM BIN WAN YAHYA
by: Che Ahmad Rasydan bin Che Rozaid (2016418968)
Ikon komuniti yang dinyatakan merupakan salah seorang yang amat penting di sesebuah kawasan penempatan. Hal ini kerana, icon komuniti ini bertanggungjawab dalam menjaga kawasan jagaan beliau. Beliau juga berperanan dalam mempertingkatkan kualiti kampung dan juga membuat perancangan dan pelaksanaan program – program di bawah kawasan jagaan beliau. Di samping itu juga, masalah yang berlaku daripada penduduk haruslah diselesaikan dan diambil tindakan oleh JKKK Kampung.
Profil Ikon
Nama : Encik Wan Abd Halim Bin Wan Yahya
Umur : 46 Tahun
Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Terengganu
Jumlah adik
beradik : 6 orang (anak ke 3)
Status : Berkahwin
Anak : 3 Lelaki, 1 Perempuan
Tahap Pendidikan
· Sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Tengku
Bariah, Kuala Terengganu
· Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
· Menyambung pelajaran di Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
· Diploma Pengurusan Maklumat di Universiti
Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu
· Sarjana muda pengajian bahasa gunaan (kepujian)
bahasa inggeris komunikasi professional Universi Teknologi Mara Shah Alam.
Pengalaman
·
Mula perkerjaan sebagai pembantu kedai makan
·
Beralih kepada pekerjaan Eksekutif Program di
Muslim Volunteer Malaysia
·
Membuka pusat tusyen bahasa inggeris dan melayu
khas kepada pelajar tingkatan 1 hingga 5
·
Terlibat sebagai volunteer khidmat masyarakat
kampung
·
Kini dipilih sebagai JKKK Chendering
Tagline
“Generasi
yang hebat adalah generasi yang berpendidikan”
Amanat
Amanat yang
telah diberikan kepada icon komuniti Penghulu mukim chendering. Beliau
memberitahu bahawa kehidupan mempunyai banyak cabaran. Perjalanan kehidupan
masih jauh, teruskan berusaha, jangan mudah mengalah serta jadilah seorang yang
berjaya di dunia dan akhirat disamping dapat melahirkan generasi yang
berpendidikan dan mempu memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat.
Kata – kata perangsan
Kata perangsan
yang diberikan oleh beliau amat mendalam dan bermakna. Beliau berkata bahawa
menjadi orang yang berwawasan amat sukar tetapi ingin menjadi orang yang tidak
berwawasan amat mudah. Cubalah menjadi orang berwawasan tanpa penat lelah serta
tidak usah perduli akan kata – kata negative dari orang lain.
Bagi mencapai
kejayaan banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Kata beliau ancaman daripada
orang luar yang menjatuhkan kita terlalu banyak cabaran. Namun segala usaha
mereka yang ingin menjatuhkan kita haruslah di halang oleh kita sendiri dengan
bersabar serta tidak mudah mengalah bagi meningkatkan keupayaan diri kita untuk
menjadi seorang yang berwawasan.
Diagram Kunci Kejayaan
5 perkara
tersebut merupakan kunci kejayaan yang amat penting bagi menjadi orang yang
berwawasan dan berjaya. Oleh hal demikian, kita harus menjaga hubungan baik
dengan Allah yang mencipta kita. Kata beliau lagi menjaga emosi juga amat
penting bagi memastikan hari yang kita lalui berjalan lancar. Namun begitu,
segala perancangan dalam melakukan sesuatu perkara haruslah dirancang dengan
baik. Seterusnya, dalam melakukan sesuatu perkara perlulah berusaha untuk buat
yang terbaik dan yakin pada diri sendiri. Ke 5 adalah disiplin, seseorang yang
Berjaya semestinya berdisiplin bagi mengekalkan kejayaan dan menjadikan diri
sebagai orang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam melakukan sesuatu
kerja.
Organisasi
Struktur
organisasi Penghulu dan JKKK Kampung telah dipertanggungjawab oleh ahli – ahli
seperti berikut. Pemimpin – pemimpin kampung di Mukim Chendering mempunyai
struktur organisasi yang kuat serta mempunyai matlamat, objektif dan program –
program yang baik. Di setiap mukim memerlukan pemimpin yang berwawasan serta
berkemampuan dalam menggerakkan aktiviti, menjamin kesejahteraan dan keselamatan kampung.
Tahun Pelaksanaan
·
2018 – 2020
Matlamat
· Bermatlamat bagi memastikan kesejahteraan dan
keharmonian kampung sentiasa berada dalam keadaan aman sentosa.
Objektif
·
Meningkatkan keceriaan kawasan kampung
·
Mempertingkatkan tahap keselamatan kampung
·
Melaksanakan aktiviti dan program bagi
merapatkan silaturrahim penduduk kampung
·
Membantu penduduk kampung yang mempunyai masalah
dan berpendapatan rendah
Fungsi
·
Membantu meningkatkan program bagi keceriaan
kawasan kampung
·
Membantu meningkatkan keselamatan kampung
·
Mengumpul dan memberi sumbangan kepada penduduk
kampung yang memerlukan
·
Memastikan kehidupan penduduk kampung sentiasa
dalam keadaan aman sentosa
Program Perlestarian Alam Sekitar
Program
perlestarian alam sekitar yang diadakan di dewan Sekolah Kebangsaan Chendering.
Tujuan program ini adalah bertujuan bagi menyedarkan penduduk kampung tentang
pentingnya menjaga alam sekitar dan menanam semula tumbuhan di sekitar kawasan
kampung. Program ini berkerjasama dengan agensi swasta ALAM FLORA SDN. BHD.
Program Gotong Royong
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Majlis sambutan
hari raya aidilfitri yang diadakan di kawasan kampung Chendering bagi meraikan
hari raya bersama penduduk kampung. Majlis ini diadakan bagi tujuan merapatkan
hubungan sesama penduduk serta memeriahkan suasana kampung dan mempelbagaikan
aktiviti. Program ini mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan kita
juga dapat menjemput jemputan luar bagi memeriahkan lagi program di kampung
Chendering.
No comments:
Post a Comment