Tuesday, June 23, 2020

KETUA MUSLIMAT BERWAWASAN TAMAN PANDAN DAMAI : PUAN HABIBAH BT ABD MUTATIB

Disediakan oleh: Syaza Nabilah binti Mohd Subri (2017706399)

(Ketua Muslimat Taman Pandan Damai,Kuantan)

                                             
 

Ketua Muslimat Taman Pandan Damai ialah Puan Habibah binti Abd Mutatib. Beliau berumur 68 tahun dan merupakan seorang pesara Jururawat (Penyelia) yang telah berkhidmat selama 37 tahun. Beliau adalah anak sulong daripada 5 orang adik beradik. Suami beliau ialah Kapten (B) Ahmad bin Haji Abdullah yang berumur 75 tahun dan merupakan pesara Pegawai Tentera. Puan Habibah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Shah Amiruddin, Intan Zurina dan Saiful Bahari dan mempunyai lima orang cucu. Puan Habibah juga merupakan Pengerusi Tadika Intan Pintar yang dimiliki oleh anaknya Intan Zurina.

                                                 

    

                           Puan Habibah bersama anak,menantu dan arwah bapanya.

                                                   

                               Puan Habibah bersama adik-beradik dan arwah bapanya

Informasi berkenaan Persatuan Muslimat Taman Pandan Damai

Persatuan Muslimat Taman Pandan Damai ditubuhkan pada tahun 2016. Puan Habibah merupakan Pengurusi Persatuan Muslimat Taman Pandan Damai. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah penduduk Taman Pandan Damai kerana pada mulanya mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Kata-kata motivasi yang sering digunakan oleh Puan Habibah ialah "Semoga menjadi muslimat yang bertakwa kepada Allah Swt".Selain itu, persatuan ini juga dapat memberi peluang kepada penduduk setempat  memberi idea untuk aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu, penduduk setempat juga boleh mengahadiri aktiviti agama yang dianjurkan oleh persatuan yang dipengrusikan oleh Puan Habibah. Contohnya, program mengaji al-quran,belajar tajwid al-quran, mengadakan kuliah-kuliah agama dan ceramah kemasyarakatan. Program gotong royong juga diadakan setiap tahun bagi membersihkan kawasan sekitar Taman Pandan Damai. Persatuan Muslimat ini juga turut mengadakan lawatan ke rumah rumah asnaf dan ibu tunggal ke kampung-kampung sekitar Taman Pandan Damai dan memberi sedikit sumbangan dari segi kewangan dan barang makanan. Sumbangan itu adalah dari hasil kutipan bersama penduduk setempat Taman Pandan Damai. Persatuan ini juga mengadakan aktiviti untuk orang-orang asnaf seperti nasihat dan rundingcara kepada golongan asnaf dan ibu tunggal untuk mengatasi masalah ekonomi dan kesihatan untuk meningkatkan taraf hidup. Pada tahun 2019, persatuan ini turut menghadiri forum perdana yang diadakan di setesen  TV Alhijrah, lawatan ke Nasyrul Quran di Putrajaya dan melawat Masjid Sendayan yang terletak di Negeri Sembilan. 

                          

Persatuan Muslimat Taman Pandan Damai bersama anak-anak yatim dan miskin Permata Camar bagi menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan dan barang makanan kepada mereka.

                                  

Persatuan Muslimat Taman Pandan Damai bersama anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan hasil dari kutipan penduduk setempat Taman Pandai Damai.





No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...