PENGENALAN TENTANG HAJI ABDUL GARI HAJI ITAM
HIDUP berdisiplin, itulah motto
hidupnya. Beliau sentiasa jujur dan tegas serta menjunjung tinggi prinsip
akauntabiliti sepanjang menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan
kepadanya. Kerjayanya bermula dari bawah, pernah menjadi kerani dan
berpengalaman menjawat pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Pegawai Daerah
Kota Belud pada Jun 2010 sehingga bersara pada 12 Mei 2019. Tetapi tiada siapa
yang pernah membayangkan bagaimana seorang murid yang agak `nakal’ ketika
kecil akhirnya menjadi salah seorang
pegawai kanan kerajaan yang disegani dan dihormati.
Haji Abdul Gari Haji Itam dilahirkan di Kampung Kota Peladok, Kota Belud, pada 12 Mei
1959. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Haji abdul Gari mendapat
pendidikan awal di SRK Peladok dari darjah satu hingga enam kemudian meneruskan
pelajaran menengah di SMK Arshad Kota Belud. Beliau sempat bekerja selama empat
tahun sebelum meneruskan pengajian dalam bidang ekonomi di University of
Toledo, Ohio, USA pada 1982. Pada tahun
1996, beliau mendapat tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri untuk melanjutkan
pelajaran di Middlesex University, London, United Kingdom dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan (MBA). Sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Kota belud,
beliau pernah bertugas di beberapa jabatan antaranya Jabatan Keretapi, Jabatan
Perhutanan, JKR, Unit Perancang Perancang Ekonomi dan Kementerian Pembangunan
Luar Bandar Sabah. Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Kota Belud bermula 14
Jun 2010 hingga bersara pada 12 Mei 2019. Semasa di universiti, beliau pernah
aktif dalam Malaysian Islamic Study Group (MISG) dan Islamic Society of North
America (ISNA).
Sebagai mengiktiraf jasa
baktinya, beliau pernah dikurniakan pingat kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK)
dan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang
Di Pertua Negeri Sabah.
KUNJUNGAN DARIPADA
PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH (USIA) SEMPENA PELANTIKAN EBAGAI PEGAWAI DAERAH
Sempena perlantikan Haji Abdul Gari Haji Itam sebagai pegawai Daerah baru juga terdapat kunjungan daripada Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Kota Belud yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Lamsil Hamidsor.
Pertubuhan Islam Seluruh Sabah
(USIA) Bahagian Kota Belud yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Lamsil Hamidsor
baru baru ini telah melakukan kunjungan hormat kepada Pegawai daerah Kota Belud
yang baru Abd.Gari Haji Itam di pejabat Daerah Kota Belud. Kunjungan tersebut
selain bertujuan menjalin hubungan muhibah dan perkenalan antara jawatankuasa
(USIA) bahagian Kota Belud dengan Abd.Gari yang baru sahaja di tugaskan ke
daerah tersebut ,Lamsil berkata kunjungan tersebut juga turut memaklumkan
kepada Pegawai Daerah selaku Pengerusi Badan dakwah daerah mengenai program
yang sedang dan akan dilaksanakan oleh (USIA) Bahagian tersebut dalam
melaksanakan pelbagai program dakwahnya khususnya di daerah Kota
Belud..Sementara itu Abd.Gari dalam ucapannya bagi mengalu-alukan kedatangan
rombongan tersebut berharap (USIA) khususnya di bahagian Kota Belud akan
bergerak aktif dalam memperkasakan program dakwahnya dimana menurut beliau
Jawatankuasa Badan Dakwah Daerah akan sentiasa memberikan sokongan dan
kerjasama sepenuhnya terhadap program yang dianjurkan oleh (USIA) dari masa ke
semasa. Turut serta dalam rombongan tersebut termasuklah Timbalan Ketua
Bahagian (USIA) Kota Belud Marali Haji Adim, Setiausaha (USIA) Bahagian Samali
Jaip.Naib Ketua bahagian Abtin Atoh, Ketua Penerangan Haji Madri Akong, Ketua
belia Yunus Haji Abd.Karim dan Ketua Wanita Adziah Mesah
Daripada rombongan itu membuktikan beliau sangat dihormati oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan hubungan yang erat itu juga dapat memberi Kerjasama dari segi membangunkan komuniti di daerah Kota Belud.
ACTIVITI KOMUNITI
LUAR YANG MELIBATKAN HAJI ABDUL GARI HAJI ITAM MELAWAT TEMPAT
HAJI ABDUL GARI HAJI ITAM juga
berkomitmen dalam menjaga keamanan dan juga keselesahan rakyat. Contohnya
beliau suka membuat tinjauan ke Kawasan kampung bagi memantau kehidupan dan
berusaha menyelesaikan masalah rakyat. Beliau akan memberi sedikit motivasi
apabila membuat tinjauan ke Kawasan perkampungan.
Sebagai seorang pegawai daerah
juga beliau sangat prihatin terhadap rakyat dengan menyelesaikan masalah. Itu
la cabaran beliau dalam menjadi pemimpin yang berwawasan. Jawatan Pegawai
Daerah memang cukup mencabar. Cabaran beliau sebagai pegawai daerah biasanya
datang apabila sesuatu projek kerajaan mendapat bantahan rakyat setempat.
Dalam situasi ini sebagai pegawai
daerah beliau lah yang paling ke hadapan untuk menyelesaikan masalah ini. Salah
satu contoh ialah Projek Pembetungan Kota Belud yang dilaksanakan oleh JKR yang
mendapat bantahan penduduk setempat. Ia memakan masa bertahun untuk diselesaikan
setelah melalui beberapa siri dialog dan perbincangan.
Satu lagi pengalaman yang amat
mencabar ialah apabila berlaku beberapa siri banjir di Kota Belud pada tahun
2017. Pada waktu itu Kota Belud dilanda banjir sebanyak 86 kali walaupun tidak
semuanya melibatkan pemindahan mangsa. Ada ketikanya pagi kita benarkan mangsa
balik ke rumah masing-masing sebelah petang terpaksa kita pindahkan semula ke
pusat pemindahan sementara kerana banjir melanda semula.
Haji Abdul Gari Haji Itam sangat dihormati di kalangan kakitangan di pejabat daerah kota belud. Sikap beliau yang suka memberi motivasi dan mendisiplinkan pekerja dan rakyat di kota belud menyebabkan beliau dihormati kerana dapat memberi semangat positif kepada rakyat kota belud.
Kali terakhir beliau dalam
berkhidmat sebagai pegawai daerah banyak kakitangan menyambut majlis pencen
beliau. Hal ini membuktikan beliau sangat berjasa dalam menjawat sebagai
pegawai daerah.
HAJI ABDUL GARI HAJI ITAM
menghadiri majlis penyampaian sijil dan cenderamata kepada Jemaah haji Malaysia
yang menjadi akhlak terbaik antarabangsa. Peserta Haji yang terlibat adalah Seramai 260 orang peserta kursus berjaya
menghadiri 17 siri kursus yang diadakan setiap Ahad.
MOTTO HAJI ABDUL GARI HAJI ITAM: HIDUP BERDISIPLIN
No comments:
Post a Comment