Oleh: Ameen Ikhram Bin Mohamad Supian (2016418914)
Tugasan yang saya harus lakukan adalah menemu ramah
ikon atau ketua di kawasan perumahan saya, ketika tugasan ini diberikan kepada
saya oleh pensyarah saya iaitu Dr Habsah Hasim, saya telah terdetik untuk
memilih Encik Abdul Rahman Bin Koya Kutty sebagai ikon yang saya ingin saya
temu ramah dan julang kerana beliau merupakan pengerusi bagi penduduk kuaters
DBKL Semarak dan beliau merupakan seorang yang disegani oleh penduduk kerana
sifatnya dan jasanya.
Nama : Abdul
Rahman Bin Koya Kutty
Umur : 53
Tahun
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Dato’ Panglima Gantang, Sekolah
Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Universiti Malaya
Pekerjaan: Pegawai
di bahagian kesihatan dan persekitaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Status : Berkahwin
(isteri: Puan Dzarina Binti Berahim, dan dikurniakan 3 orang anak)
Encik Abdul Rahman Bin Koya Kutty dilahirkan
pada tahun 1967 di Bukit Gantang, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Dato’ Panglima Gantang dan meneruskan peringkat menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang. Beliau merupakan anak ke-4 dari 5
adik beradik, walaupun orangnya sedang dan tidak terlalu besar, tapi beliau mempunyai
impian dan cita cita yang besar, katanya ‘kalau boleh mestilah saya nak jadi
Datuk Bandar Kuala Lumpur’ ucap beliau sambil berseloroh, tetapi hajatnya yang
sebenar benar hanyalah menginginkan kehidupan yang serdehana namun sempurna dan
cukup dalam segala hal terutama perihal anak dan keluarganya. Sekarang, beliau
bekerja di dalam sektor awam sebagai pegawai di bahagian kesihatan dan
persekitaran di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Walaupun usianya sudah
mencecah 53 Tahun, orangnya masih kelihatan muda dan bertenaga, ini kerana
beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang olahragawan dan pernah
mewakili Malaysia dalam lari pecut 100m, 200m, dan 4x100m untuk sukan tempatan
dan juga acara berprestij tinggi seperti sukan SEA pada tahun lewat 80 an dan
awal 90 an dan beliau masih memegang rekod untuk 100m dan 200m WPKL atlet
terbuka dan kini beliau merupakan jurulatih utama untuk pasukan DBKL. Kini di
lanjut usia, beliau masih gemar bersukan seperti bermain badminton, sepak
takraw, berbasikal dan berjogging. Beliau juga merupakan pengurusi bagi
persatuan penduduk Kuaters KBKL Semarak. Beliau mendapat kepercayaan menjadi
pengerusi penduduk pada tahun 2016 dan masih memegang sehingga kini. Menurut
pendapat saya ketika menebual Encik Abdul Rahman, beliau merupakan seorang yang
rendah diri, lembut berkata-kata dan suka melawak bagi menaikkan suasana.
Ketika diminta untuk memberi kata kata semangat atau perangsang kepada anak
anak muda seperti saya, jawapan beliau hanyalah ringkas ‘buat baik kepada ibu bapa,
mereka janganlah dilupa walau kita berjaya macam mana sekali pun kerana doa
mereka la yang mengiringi kita dari kecil sampai besar’ tambahnya lagi
‘menghormati jiran tetangga dan sesama manusia itu perlu diterapkan dalam diri
setiap orang’
pencapaiannya dalam progam keusahawanan
No comments:
Post a Comment