KAMPUNG
BAKAR BATA
DI
BAWAH PIMPINAN WAN ABD RAHMAN BIN WAN HAJI JALI
“PERANCANGAN ADALAH KUNCI
MENUJU KEJAYAAN”
NAMA: Muhammad Zulfadzli bin Mohd Samsudin
NO.
MATRIK: 2016418966
PENGENALAN:
Kampung Bakar Bata adalah kampung
tradisional Melayu yang terletak di antara dua buah pekan kecil Air Tawar.
Kampung ini dalam mukim Beruas dan di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Manjung.
Jauhnya dari bandar Ipoh ialah 55km. Kampung ini wujud sebelum perang dunia
lagi. Pada ketika itu penduduk kampong ini terdiri daripada kaum Cina. Semasa
mereka tinggal disini, mereka telah membina sebuah kilang membuat batu bata.
Sempena dengan terdapatnya kilang tersebut, dan sebuah gua batu bata maka
kampung ini dinamakan Kampung Bakar Bata.
Dari segi info kampung, Kampung
Bakar Bata mempunyai segala jenis kemudahan sedia ada seperti bekalan air
bersih untuk 200 rumah, dewan orang ramai atau balai raya sebanyak 1 buah,
bekalan elektrik, industri bengkel sebanyak 2 buah, kemudahan perniagaan dan
kemudahan pendidikan seperti sekolah agama rakyat, kelas kemas, tadika dan
sekolah rendah. Kemudahan penginapan dan klinik desa juga terdapat di sana.
BIOGRAFI KOMUNITI IKON DI KAMPUNG
BAKAR BATA:
Encik Wan Abd Rahman Bin Wan Haji Jali atau lebih mudah disapa sebagai Cik Wan adalah Pengerusi Kampung Bakar Bata semenjak tahun 2010. Beliau mula mendapat pendidikan awal di sekolah rendah SK Simpang Empat, Sitiawan. Melayari bahtera perkahwinan bersama pilihan hatinya Zaiton binti Salleh. Mempunyai 3 orang anak lelaki dan beliau juga telah mempunyai cucu seramai 2 orang. Seorang lelaki dan perempuan. Berumur 55 tahun sekarang, dengan berbekalkan keputusan peperiksaan, beliau pernah berkhidmat di pengkalan TLDM Lumut (Tentera Laut). Beliau juga pernah berkhidmat di dalam Kor Jurutera Lektrik Jentera Di Raja (JLJD). Selepas beliau bersara dari kakitangan kerajaan, beliau mendekatkan diri dengan komuniti kampung dengan penyertaan awal beliau sebagai pengerusi kelab sukan dan rekrasi Kampung Bakar Bata. Selepas beberapa tahun, barulah beliau dilantik untuk menjadi ketua kampung. Dengan amanah yang diberikan oleh penduduk kampung, beliau selalu berkata, "nak buat apa-apa pun, kena ada perancangan sebab itu adalah kunci sebuah kejayaan." Macam mana nak buat sesuatu jika kita tidak merancang? tahukah apa kesudahan dan apakah impak yang akan kita dapat? Kerana itulah penting sebuah rancangan.
Berkenaan soal apakah objektif beliau untuk mewujudkan komuniti di Kampung Bakar Bata ini, beliau berkata adalah untuk mengeratkan ukuwah dan juga membantu penduduk. Beliau berkata lagi, sebagai pengerusi haruslah kenal antara satu sama lain. Itu lah tujuan komuniti ini ditubuhkan. Selain itu juga, soal tentang keselamatan penduduk. Beliau amat mementingkan keselamatan penduduk. Walaupun Kampung Bakar Bata tidak pernah lagi dicemari dengan insiden-insiden yang tidak di ingini. Harapan beliau dengan adanya komuniti ini, Kampung Bakar Bata menjadi salah sebuah kampung contoh.
STRUKTUR ORGANISASI KAMPUNG BAKAR BATA:
Cik Wan juga menegaskan, setiap ketua haruslah mempunyai pengikut atau pengaruh dan ia dianggap sebagai tulang belakang. Dia berkata lagi, ini dapat memudahkan atau melancarkan kerja-kerja cik Wan selaku ketua kampung. Setiap jawatan yang dipikul akan ada tugasnya sendiri. Jelas Cik Wan mempunyai visi, misi yang jelas dengan mempunyai sebuah atau satu organisasi yang saling lengkap melengkapi.
Pengerusi | Wan Abd Rahman bin Wan Haji Jali |
Penasihat | Mat Tarmizi bin Mohd Som |
Setiausaha | Rahmatullah bin Abdul Razak |
Bendahari | Rini binti Omar |
Biro Keselamatan | Mohd Hakim bin Mohd Yussof |
Biro Hal Ehwal Wanita | Zubaidah binti Abdul Jabbar |
Biro Ekonomi | Ibrahim bin Ismail |
Biro Belia, Sukan dan Reakreasi | Ameerul Hakeem bin Yunus |
Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) | Muhammad Kahar bin Tahir |
Biro Sosial dan Kebudayaan | Effendi bin Khalid |
Biro Agama dan Kebajikan | Norhanim binti Mohd Zain |
Biro Pendidikan & Pembangunan Sumber Manusia | Mohd Azzamuddin bin Muhammad Noor |
Pada tahun 2016, satu aktiviti
yang dianggap satu pencapaian yang paling terbaik telah diadakan di Kampung
Bakar Bata iaitu Semarak Minda Daerah Manjung 2016 dan aktiviti itu adalah
peringkat daerah. Penganjurnya adalah Jabatan Penerangan Daerah Manjung dan
aktiviti yang dilakukan di situ adalah pertandingan memasak, pertandingan
ukiran buah, sukaneka, ceramah maal hijrah, pameran agensi dan jualan.
Foto Program Semarak Minda
Daerah Manjung 2016
Selain itu juga, aktiviti
tradisi gotong royong ketika majlis perkhawinan juga diamalkan oleh Kampung
Bakar Bata yang dipimpin oleh cik Wan.
Foto
Aktiviti Komuniti Gotong Royong Semasa Majlis Perkahwinan
Akhir sekali, cik Wan juga mementingkan aktiviti
keagamaan seperti ceramah juga turut diadakan di surau Kampung Bakar Bata. Ceramah
yang dipimpin oleh YDH Al Fadhil Ustaz Zainal Abidin bin Saad. Katanya lagi,
dengan adanya ceramah keagamaan seperti ini, ia dapat menambah ilmu agama dan
mengeratkan hubungan ukwah sesama masyarakat setempat.
Foto
Ceramah Keagamaan yang disampaikan oleh YDH
Al Fadhil Ustaz Zainal Abidin bin Saad.
No comments:
Post a Comment