TITLE: PEMIMPIN BERWIBAWA BAGI RUMAH TERES SEKSYEN 24 SETIA, SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN: ENCIK ISMAIL BIN MAT (2020)
Nama: Nik Nora
Faziana Binti Nik Mazlan (2017134195)
1.0 PENDAHULUAN
1.1 BIOGRAFI
·
Nama: Encik
Ismail bin Mat (Pengerusi bagi Pertubuhan Penduduk)
·
Umur: 54 tahun
·
Nama Isteri: Puan Saadiah binti Salleh
·
Umur: 53 tahun
·
Mempunyai 5 orang anak (3 orang lelaki dan 3
perempuan)
·
Menetap di kawasan ini melebihi 20 tahun
·
Mempunyai kelulusan pendidikan dalam:-
Ø
Diploma Pengajian Pengurusan dan Pentadbiran di
Universiti Sains Islam Malaysia (2 tahun 5 bulan)
Ø
Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di
Universiti Sains Islam Malaysia (3 tahun)
·
Pengalaman:
Ø
Menjadi Naib Pengerusi pada tahun 2005 (4 tahun)
Ø
Menjadi Pengerusi pada 1 Januari 2010 (10 tahun)
Ø
Mengadakan pelbagai aktiviti antara penduduk
setempat
·
Tagline: Jiran Muafakat Membawa
Berkat
·
Amanat:
Beliau juga berharap agar kawasan ini dilindungi dan dihindari daripada perkara
yang tidak baik serta hidup bermuafakat saling bertolak ansur dan saling bantu-membantu
antara satu sama lain. Memandangkan kawasan ini merupakan penduduk yang telah
duduk melebihi 15 hingga 20 tahun bersama agar hidup seperti keluarga yang
besar.
1.2 AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI DAN
AJK
1.2.1
Senarai AJK Persatuan (Sesi 2009/2020)
Rajah 1.1: Encik Ismail bin Mat
·
Pengerusi : Encik Ismail bin Mat
·
Naib Pengerusi : Encik Kamarulazman bin
Ma’amor
·
Setiausaha : Encik Sharuddin bin Shapari
·
Penolong Setiausaha : Encik Mahbub bin
Dardak
·
Bendahari : Puan Rosni binti Basaruddin
·
Pemeriksa Kira-Kira 1 : Encik Bahaudin
bin Maani
· Pemeriksa Kira-Kira 2: Puan Normah binti Yahya
|
|
Rajah 1.2: Mesyuarat bersama Jawatankuasa Tertinggi
Ahli Jawatankuasa:-
1.
AJK Jalan 24/1A : Tuan Haji Abu Hassan
bin Abu Bakar
2. AJK
Jalan 24/3A : Encik Norhani bin Othman
3. AJK
Jalan 24/3B : Encik Aris bin Salleh
4. AJK
Jalan 24/3C : Encik Mohd Shafie bin Ibrahim
5. AJK
Jalan 24/3D : Encik Zainal bin Hassan
6. AJK
Jalan 24/4 : Encik Abd Razak bin Selamun
7. AJK
Jalan 24/5 : Ahmad Tarmizi bin Jamaluddin
8. AJK
Jalan 24/6 : Encik Azmi bin Jaafar
9. AJK
Jalan 24/7 : Encik Mohamed bin Abdullah
1 AJK Jalan 24/7A : Encik Abu Hasan bin Saad @ Syed
AJK
Jalan 24/7B : Encik Asmadi bin Sukamat
Ahli
Jawatankuasa : Encik Ramlee bin Mohd Salleh
Ahli
Jawatankuasa : Tuan Haji Osman bin Ismail
Ahli
Jawatankuasa : Encik Roslan bin Mohd Ali
Ahli
Jawatankuasa : Puan Norsiah binti Ahmad
Ahli
Jawatankuasa : Puan Salmiah binti Hussin
Ahli
Jawatankuasa : Puan Leela Hayati binti Mohd Nor
Ahli
Jawatankuasa : Puan Habariah binti Abu Sharif
1.3 SEJARAH
PENUBUHAN PERSATUAN
Sejarah
Ringkas Penubuhan Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, Shah Alam,
Selangor
Penubuhan
Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia ini bertitik tolak dengan
penubuhan Jawatankuasa Penaja pada Disember 2004. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja
ini telah diadakan pada 26 Disember 2004 untuk membentuk dan mendaftarkan
persatuan ini. Permohonan Pendaftaran Persatuan ini telah diajukan kepada
Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 17 Januari 2005. Kelulusan pendaftaran
Persatuan ini dikeluarkan oleh ROS pada 26 September 2005 dengan nombor
pendaftaran 1613-05-07.
Tahniah
kepada semua Ahli Jawatankuasa Penaja. Senarai AJK Penaja Penubuhan Persatuan
Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia adalah seperti berikut:-
1.3.1 Jawatankuasa Tertinggi bagi sesi (2005/2009)
·
Pengerusi: Tuan Haji Hussin bin Salleh
·
Naib Pengerusi: Encik Ismail bin Mat
·
Setiausaha: Encik Jamali bin Awi
·
Naib Setiausaha: Enck Roslan bin Ali
·
Bendahari: Puan Rosni binti Basaruddin
·
Juru Audit 1: Encik Bahaudin bin Ma'ani
·
Juru Audit 2: Puan Normah binti Yahya
Ahli Jawatankuasa:-
1. Tuan
Haji Aris bin Salleh
2. Encik
Ramlee bin Mohd Salleh
3. Encik
Mohamed bin Abdullah
4. Encik
Mohd Nor bin Abdul Rahman
5. Encik
Mohd Shafie bin Ibrahim
6. Encik
Azmi bin Jaafar
7. Encik
Mohd Napis bin Adam
8. Encik
Norhani bin Othman
9. Encik
Bahaudin bin Ma'ani
10. Puan
Normah binti Yahya
1.4 KEAHLIAN
1.
Kriteria keahlian pertubuhan adalah
seperti berikut
i.
Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan: Malaysia
ii. Umur
Minima: 18 tahun
iii.
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli: Shah Alam, Selangor
IV.
Keturunan/Bangsa: Semua
v.
Jantina: Semua
VI.
Agama: Semua
vii. Kriteria Keahlian Yang Lain: Tiada
a.
Ahli Bersekutu: Tiada
b.
Ahli Kehormat: Tiada
c.
Ahli Seumur Hidup: Tiada
d.
Ahli Remaja: Tiada
2.
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah
dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada setiausaha yang
dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya
menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
3.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya
telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar
bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima
menjadi ahli pertubuhan dan hendaklah ia sebagai ahli.
1.5
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
a.
Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu
terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
b.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi
perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama
baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh masa
yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis.
Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan
membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan
melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan
oleh ahli tersebut.
1.6 VISI
- Menjadi
kawasan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia ini dapat mewujudkan persekitaran
yang selamat dan harmoni disamping menanam sikap nilai murni Antara satu sama
lain.
1.7 MISI
- Menubuhkan
persatuan yang dapat menjamin keselamatan, keharmonian dan keselesaan kepada
penduduk setempat.
- Menjaga
dan melindungi harta benda penduduk bersama serta kawasan perumahan.
- Mewujudkan
persefahaman, toleransi serta nilai murni antara satu sama lain.
1.8
OBJEKTIF
1. Mengwujudkan perpaduan di anatara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
3.2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasakan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak,kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
4. 3. .Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka.
5. 4. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
6. 5. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.
7. 6. Menjaga keselamatan dan harta benda penduduk setempat.
1.8 AKTIVITI-
AKTIVITI SEPANJANG PERTUBUHAN PERSATUAN (2009/2020)
Senarai
aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia,
Shah Alam, Selangor telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan
seperti di bawah:-
1. Melakukan
lawatan & ziarah ke rumah dan hospital terhadap penduduk yang sakit dan
meninggal dunia.
2. Mengadakan
perjumpaan /mesyuarat AJK setiap dua bulan sekali bagi merancang dan
membincangkan program kemasyarakatan serta menangani isum atau masalah semasa
penduduk setempat.
3. Membuat
kutipan derma dan memberikan sumbangan kepada warga kurang upaya dan anak-anak
yatim sempena Syawal.
4. Memohon
membaikpulih infrastruktur seperti jalan berlubang, lampu jalan yang rosak,
pokok yang perlu dicantas dan penambakan padang.
5. Memohon
kabin untuk dijadikan pusat operasi Persatuan untuk mengadakan perjumpaan dan
mesyuarat Persatuan.
6. Memohon
untuk mendapatkan kelulusan pembinaan surau.
7. Mengadakan
program doa selamat sempena sambutan bulan Ramadhan.
8. Mengadakan
sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
9. Mengadakan
program sukaneka.
10. Membantu
penduduk menjayakan majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.
11. Meneruskan
aktiviti Tabung Khairat Kematian untuk kebajikan penduduk.
12. Mengadakan
program Ibadah Qurban sempena sambutan Aidil Adha.
|
|
Antara Aktiviti bagi Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, Shah Alam, Selangor ialah:
1. PROGRAM
SUKANEKA PADA 24 JUN 2007
Persatuan
Penduduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, melalui Biro Sukan & Kebudayaan
telah menganjurkan Program Sukaneka pada 24 Jun 2007 dengan jayanya. Tahniah
kepada Encik Shafie Ibrahim, Pengerusi Biro Sukan & Kebudayaan yang telah
berjaya menganjurkan program dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa beliau
berserta AJK Induk.
|
|
|
1. Terompah gergasi
2. Boling padang
3. Tarik tali
4. Menganyam ketupat
|
3. UCAPAN PENGERUSI PERSATUAN
PENDUDUK RUMAH TERES SEKSYEN 24 (MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-3) PADA TAHUN 2015
Berikut
merupakan teks ucapan:
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
"Syukur alhamdulillah kerana
pada tahun ini kita sekali lagi dapat berkumpul untuk sama-sama menjalankan
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Seksyen 24 Setia, Shah Alam untuk
kali yang ke 3 pada hari ini. Mesyuarat Agung Tahunan seperti ini diadakan pada
setiap tahun seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan Persatuan dan bagi
memenuhi peruntukan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia.
Persatuan Penduduk Rumah
Teres Seksyen 24 Setia ini telah menjangkau 3 tahun dan sepanjang itu, pelbagai
aktiviti telah dirancang dan dijalankan oleh Persatuan untuk kebajikan penduduk
setempat. Walaupun kita semua, sama ada Ahli Jawatankuasa dan penduduk,
masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab hakiki, namun kesediaan semua
untuk sama-sama menyumbang masa, tenaga dan wang ringgit menjadikan Persatuan
ini akan terus relevan dan berfungsi untuk semua penduduk.
Saya mewakili semua Ahli
Jawatankuasa 2009/2020 mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua
penduduk dalam menjayakan pelbagai program yang dijalankan antaranya Sukaneka,
Majlis Hari Raya Aidil Fitri, penyempurnaan ibadah Qurban dan gotong-royong
untuk majlis kenduri-kendara penduduk setempat. Semoga apajua yang kita
jalankan dapat mengeratkan hubungan bersama kita dan dapat mewujudkan
kesejahteraan serta keharmonian bersama.
Akhir kata, saya bagi pihak
seluruh AJK memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami
menjalankan tanggungjawab untuk tempoh beberapa yang lalu. Sekali lagi saya
merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan seluruh warga Seksyen 24 Setia yang
telah banyak bekerjasama dan membantu saya dalam menerajui Persatuan ini.
Semoga Allah sentiasa memberkati setiap usaha yang kita lakukan. Terima kasih dan
selamat bersidang. Wassalam.”
Yang
menjalankan tugas,
No comments:
Post a Comment