Tuesday, June 23, 2020

PEMIMPIN BERMUAFAKAT KAMPUNG KEMUMIN: CHE AZUHAN BIN CHE HUSSAIN

Disediakan oleh: Norainis Syazlin Binti Ismail  (2017549229)

1.0    Pengenalan

Kedudukan yang strategik dalam kawasan perindustrian yang sedang pesat membangun, juga dengan dikelilingi oleh sekolah rendah dan menengah, sekolah berasrama penuh dan pusat pengajian tinggi menyebabkan persekitaran Kampung Kemumin ini mempunyai penduduk yang padat. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai penjawat awam dan swasta, peniaga dan petani.

Ikon komuniti merupakan seorang pengerusi kampung yang menyampaikan maklumat atasan daripada pejabat penggawa daripada pejabat jajahan untuk disampaikan kepada masyarakat kampung. JKKK merupakan anggota JKKK/ JKKKP terdiri daripada Penegrusi, Setiausaha dan maksimum tiga belas (13) Ahli Jawatankuasa. Manakala bagi Ahli JKKK/ JKKKP adalah individu yang dilantik selain Pengerusi dan Setiausaha. Walaubagaimanapun, bagi ikon komuniti ini adalah bekerjasama dengan penggawa dalam maklumat yang diperlukan dalam pejabat tanah yang merangkumi semua agensi kerajaan.


2.0    Profil Ikon Komuniti

Nama: Che Azuhan bin Che Hussain

Umur: 65 tahun

Asal: Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa.

Pencapaian Akademik:PMR, SPM

Alamat Menetap: No. 34 Kampung Kemumin Pengkalan Chepa 16100, Kota Bharu, Kelantan

Tempoh Bekerja Penghulu: 2019 – sehingga kini

Nama Pasangan: Zamila Binti Mat Ail

Bilangan Anak: 6 orang anak , 4 lelaki , 2 perempuan 


3.0    Profil Ikon Komuniti


                                     

 Gambar: Keluarga Ikon Komuniti 


3.0    Kata – Kata Perangsang yang menjadi Motivasi Ikon

Ketua kampung dilantik kerajaan perlu menjalankan tugas dengan baik dan amanah sebagai pemimpin di peringkat akar umbi dengan mengambil berat kebajikan anak-anak buah masing-masing selain memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan Kampung Kemumin berada dalam keadaan yang baik yang bebas dalam masalah sosial  dalam menjalankan amanah sebagaimana yang diamanah oleh ketua jajahan dan penggawa.

4.0    Struktur Organisasi Komuniti

Tujuan: Menjadikan Kampung Kemumin sebagai kampung yang bermuafakat dan sejahtera

Objektif:

1) Untuk memastikan kesejahteraan masyarakat yang terlibat dalam bencana mendapat bantuan yang secukupnya terutama kepada golongan B40

2) Untuk memastikan pengukuhan permuafakatan di kalangan penduduk dan mewujudkan suasana kerjasama yang harmoni.

3) Membantu dalam memastikan membawakan perubahan di kampung selaras dengan kedudukan dalam pasukan pembangunan.

5.0    Aktiviti Komuniti

i.   Aktiviti kejohanan liga bola sepak bagi parlimen Pengkalan Chepa. 

Antara langkah dalam meningkatakan komuniti kemasyarakatan antara pemimpin adalah Kampung Kemumin telah melibatkan diri dalam aktiviti liga bola sepak yang telah dianjurkan oleh peringkat Parlimen. Ini dapat membuka peluang kepada golongan muda mempergiatakan aktiviti bola sepak di peringkat bawah umur serta dapat mencungkil bakat baru untuk mewakili pasukan negeri mahupun peringkat kebangsaan. 


Gambar: Aktiviti Pertandingan Bola Sepak 

ii. Aktiviti gempur aedes hapus denggi 

Dalam program tersebut sukarelawan  turut membahagi risalah, abate dan plastik sampah. Selain iu kerjasama daripada pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu memberi impak yang baik kepada masyarakat setempat dan terdapat dikalangan pemilik premis yang turut membersih dan bergotong royong dirumah masing-masing. Turut diperiksa rumah-rumah yang di huni oleh pekerja Asing dan mereka memberi kerjasama yang baik. 


Gambar: Sekitar Aktiviti gempur aedes denggi  


iii. Aktiviti Keselamatan Komuniti

Programbersama PDRM dapat membantu mencegah jenayah dan dapat membantu pihak yang cuba  melakukan samun, pecah rumah, pengedaran dadah, lepak berkumpulan dan sebagainya. Manakala pihak PDRM pula menyambut baik program Jom Ronda bersama masyarakat tempatan kerana dapat  menanggani masalah jenayah

 


Gambar: Aktiviti rondaan yang dijalankan 

ga

No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...