KETUA
MESRA KOMUNITI KAMPUNG BENUA :
TUAN
HJ. ZAINAL ABIDIN BIN SYUKUR
OLEH :
MOHD SIRAJ MUNIR BIN ZAINAL ANNUAR 2016419046
Tuan Hj. Zainal Abidin Bin
Syukur merupakan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi
kawasan Kampung Benua, Simpang Empat, Kedah. Tahun ini merupakan tahun ketiga
bagi Tuan Hj. Zainal menjadi ahli JKKK bagi kampung tersebut. Seperti dikatakan
oleh penduduk Kampung Benua, Tuan Hj. Zainal merupakan ketua komuniti yang
cukup dekat dengan komuniti di dalam kawasannya. Beliau sering turun padang
bersama- sama komuniti dalam setiap acara yang dikelola oleh penduduk. Tuan Hj.
Zainal juga merupakan seorang pemimpin yang amat menitikberatkan kesejahteraan
kampung serta kebajikan para penduduk. Beliau juga disebut oleh para penduduk
sebagai seorang pemimpin komuniti yang prihatin serta peduli terhadap setiap
apa yang berlaku di kawasan beliau.
Tuan Hj. Zainal Bin Syukur dilahirkan di Kuala Kedah, Kedah pada 12 September 1976. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Kuala Kedah seterusnya Sekolah Menengah Seri Mahawangsa. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1995, beliau akhirnya menamatkan pelajaran dengan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1999, beliau telah berkahwin dengan Hjh. Salamah Binti Yahaya dan hasil perkongsian hidup selama 21 tahun, beliau dan isteri telah dikurniakan 3 cahaya mata. Berikut merupakan serba sedikit biografi mengenai beliau.
(Gambar)
Tn. Hj. Zainal menyampaikan ucapan dalam majlis mesra komuniti
Nama Penuh : Zainal Abidin Bin Syukur
Pasangan : Salamah Binti Yahaya
Tarikh Lahir : 12 September 1976
Peringkat Pengajian : Sekolah
Kebangsaan Seri Mahawangsa
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa
Pengalaman : Pada tahun 2001 beliau bekerja
sebagai Pembantu Tadbir di Majlis Daerah Yan dan aktif menjadi ahli UMNO
bermula pada tahun 2003. Mula berkhidmat sebagai JKKK pada Jun 2018 dan masih
aktif sehingga kini.
“Berbuat baik sesama manusia
tak pernah rugi” merupakan antara kata-kata yang menjadi panduan kepada Tuan
Zainal dalam menjalani hidupnya sebagai seorang ikon komuniti yang disegani
penduduk setempat. Tuan Zainal yang tak lokek dek pesanan dan ilmu disamping
sering menyampaikan bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk kampung
terkenal sebagai seorang yang tidak pernah berkira mengenai sumbangan dan
tenaga dalam mebantu komunitinya. Ini dipersetujui oleh majoriti penduduk
kampung yang sebahagian besarnya rapat dan menganggap beliau sebagai “abang”
bagi mereka kerana sering turun padang dan bersama-sama meraikan aktiviti
komuniti bersama.
Aktiviti
menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf di Kampung Benua
Majlis penyampaian bantuan kepada penduduk memerlukan
Meninjau
kawasan perumahan peduduk yang terjejas
No comments:
Post a Comment