PEMIMPIN
BERJIWA RAKYAT: YANG BERHORMAT USTAZ MOHD KHALIL BIN ABDUL HADI
By: Nurul Azliqa Binti Talib
Pemimpin
merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada masyarakat yang lain di dalam
suatu pertubuhan. Kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang
mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan masyarakat
bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi
memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin
bagi mendorong masyarakat meningkatkan tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan
organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah
organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.
Kemahiran
memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa. Kemahiran
bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai
kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan
kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang
menerima arahan.Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu ada dalam
diri seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan
sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan. Kemahiran inilah yang membezakan
antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin
dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada
lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi
tersebut.Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang
pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu
akan terikat untuk dipindahkan kepada masyarakat.
LATAR
BELAKANG
YB
Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi merupakan seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang ahli
politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia. Di
peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan
Ketua Lujnah Al-Quds, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia cawangan Malaysia. Beliau
dilahirkan pada 20 Mac 1977 di Marang, Terengganu. YB Ustaz Muhammad Khalil
merupakan anak sulung daripada 14 orang beradik. Ayah beliau merupakan Presiden
PAS ketujuh, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan ibu beliau bernama
To' Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah.
PENDIDIKAN
YB
Ustaz Muhammad Khalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rusila,
Terengganu kemudian melanjutkan Pengajian Thanawi Al-Azhar di Karachi,
Pakistan. Beliau merupakan lulusan Universiti Al-Iman, Yaman sebagai Sarjana
Muda dalam Pengajian Islam dan Syariah. Beliau juga telah menamatkan pengajian
Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. YB Ustaz
Muhammad Khalil juga pernah menjadi pensyarah di Kolej Universiti Darul Quran
Islamiah.
PENGLIBATAN
DALAM PARTI ISLAM SE-MALAYSIA
· Bekas
Ketua Pemuda Cawangan Pas Rusila
· Bekas
Ketua Pemuda Pas Dun Rhu Rendang
· Bekas
Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Marang
· Bekas
Ketua Penerangan Pas Kawasan Marang
· Bekas
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia
· Bekas
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia
PENGLIBATAN DALAM KOMUNITI ADUN BATU BURUK
Ziarah kebajikan oleh YB Ustaz
Muhammad Khalil Abdul Hadi dan isterinya, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah
bersama pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk di Kg. Kolam Kuala Ibai
YB
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi turun bergotong-royong membersihkan kawasan
bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes di Kg. Nibong
YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
menyertai gotong-royong membina sebuah rumah di kawasan MPKK Batu 6 Chendering
YB
Ustaz Muhammad Khalil Bin Abdul Hadi meluangkan masa hadir menunaikan solat
ghaib jenazah Almarhumah Dayang Binti Mat Amin di Tanah
Perkuburan KELAB Chendering
No comments:
Post a Comment