Tuesday, June 23, 2020

PARIT SIDANG SEMAN KAMPUNG WARISAN DI BAWAH PIMPINAN HJ. RUSNAN BIN HJ. ARSHAD

By: Muhammad Rizqi Ardani Bin Asri

KESEPAKATAN HIDUP JADI PEGANGAN, SEGALA UJIAN KAMI ATASI


1.                         PENGENALAN:

Kampung Warisan Parit Sidang Seman terletak di dalam Mukim Sungai Rambai, Daerah Jasin, Negeri Melaka. Jarak Kampung Warisan ini dari Bandaraya Melaka Bersejarah dan Bandar Jasin adalah 32 Kilometer (KM). Kampung Warisan ini terletak di sebelah Selatan Negeri Melaka dan bersempadanan dengan Negeri Johor. Selain itu, perkampungan Warisan ini juga boleh dihubungi melalui Lebuhraya AMJ dari Bandaraya Melaka Bersejarah, Bandar Muar, Negeri Johor. Perkampungan Warisan ini telah diwartakan sebagai Perkampungan Warisan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM) pada 5 Januari 2012.

 

Selain itu, susunatur perumahan di Perkampungan Warisan ini terbahagi kepada dua iaitu di sebelah Barat dan sebelah Timur. Terdapat kira-kira 72 buah unit rumah di sebelah Barat manakala kira-kira 52 buah unit rumah di sebelah Timur dan menjadikan keseluruhan unit rumah di Perkampungan Warisan ini sebanyak 126 buah unit rumah. Bilangan penduduk di Perkampungan Warisan ini adalah seramai 600 orang (Anggaran) dan pekerjaan utama bagi penduduk di Perkampungan Warisan ini adalah sebagai seorang Petani, Pekebun, Pekerja Industri, Bekerja Sendiri dan merupakan Kakitangan Sektor Kerajaan dan Sektor Swasta.

 

Berikut merupakan Kemudahan Awam yang terdapat di Perkampungan Warisan ini dan diantaranya ialah Kemudahan Jalanraya, Bekalan Air dan Bekalan Elektrik yang mencukupi. Selain itu, Madrasah atau Surau yang diberi nama Al-Jihad, Tadika JAIM Maisarah dan Bangunan Serbaguna Sidang Seman.

 

2.                         BIOGRAFI KOMUNITI IKON DI PERKAMPUNGAN WARISAN PARIT SIDANG SEMAN:

Tuan Haji Rusnan bin Haji Arshad atau lebih dikenali sebagai Din bin Haji Arshad merupakan Ketua atau Pengerusi Persatuan Pakatan Penduduk Kampung Parit Sidang Seman semenjak tahun 2005 sehingga kini. Beliau merupakan anak kelahiran Negeri Melaka. Selepas beliau bersara dari kakitangan Kerajaan pada 21 Disember 2005, beliau yang merupakan piut kepada Jaabar bin Isa telah menjalankan usaha menyusun generasi sebelah neneknya iaitu Hajjah Esah atau lebih dikenali sebagai Nisah binti Yahya. Setelah bertungkus-lumus dalam usaha menyusun generasi sebelah neneknya, akhirnya beliau telah menemui ahli-ahli keluarga yang mempunyai maklumat tentang salasilah keluarganya yang tinggal di Negeri Melaka iaitu di Sungai Rambai, Sebatu, Batu Gajah dan Umbai. Selain itu, terdapat juga ahli keluarganya yang tinggal di luar Negeri Melaka iaitu di Tanjung Gading dan Parit Bunga, Muar, Johor dan di Seremban, Negeri Sembilan.

 

Usaha ini telah menghasilkan keluaran pertama buku Sejarah Salasilah dan Sejarah Keturunan Jaabar bin Isa dan isterinya Murai yang telah diterbitkan pada 31 Oktober 2007. Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan penubuhan Galeri keluarga ini dan dinamakan sebagai Galeri Keturunan Abdul Jaabar dengan berkonsepkan kediaman merangkap galeri yang dikunjungi adalah secara percuma. Galeri ini mempamerkan salasilah, gambar-gambar serta artifak generasi Jabar untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang. Galeri ini juga mempamerkan bahan-bahan sejarah Sungai Rambai seperti peta, gambar-gambar dan artifak untuk membuktikan kewujudan Sungai Rambai yang terletak di Daerah Jasin.


 

3.                   KETUA ATAU PENGERUSI PERSATUAN PAKATAN PENDUDUK KAMPUNG PARIT SIDANG        SEMAN:

NO.

NAMA

TEMPOH

1

Dato’ Sidang Seman bin Ali

Pemimpin Awal

2

Haji Mohd Bin Md. Sap

1940-1950

3

Cikgu Arshad bin Haji Abd. Karim

1951-1960

4

Haji Saleh bin Senin

1961-1970

5

Atan @ Chotak bin Ahmad

1971-2004

6

Haji Rusnan @ Din bin Haji Arshad

2005-Kini

 

Tuan Haji Rusnan bin Haji Arshad, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Parit Sidang Seman menyampaikan hadiah kepada pemenang

Sumber: Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Parit Sidang Seman


 

4.                           AKTIVITI-AKTIVITI KOMUNITI DI PERKAMPUNGAN WARISAN PARIT SIDANG SEMAN:

a.    AKTIVITI KEAGAMAAN:

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti keagamaan yang terdapat di Perkampungan Warisan ini dan diantaranya adalah Kelas Takmir yang diadakan pada setiap malam Rabu dan Khamis, Bacaan Yaasin yang diadakan pada setiap malam Jumaat dan aktiviti Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam

                   

           

Aktiviti Keagamaan di Perkampungan Warisan Parit Sidang Seman

Sumber: Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Parit Sidang Seman


b.    AKTIVITI KEBAJIKAN:

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti kebajikan yang terdapat di Perkampungan Warisan ini dan diantaranya ialah para penduduk setempat akan membantu di setiap Majlis Kenduri Kahwin ahli-ahli Persatuan Pakatan Penduduk di Perkampungan Warisan ini. Selain itu, para ahli-ahli persatuan ini juga akan membuat sumbangan wang tunai kepada ahli-ahli dan penduduk setempat serta membantu melangsaikan tanggungan ahli yang telah meninggal dunia dan membuat Majlis Tahlil Arwah dan Khatam Al-Quran kepada ahli-ahli persatuan dan penduduk setempat yang telah meninggal dunia. Selain itu, aktiviti gotong-royong juga kerap diadakan di Perkampungan Warisan ini yang disertai oleh ahli-ahli persatuan dan penduduk setempat.

                               

               

Aktiviti Kebajikan Gotong-royong di Perkampungan Warisan Parit Sidang Seman

Sumber: Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Parit Sidang Seman

 

c.     PEMUDA/BELIA:

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Pemuda atau Belia yang tinggal di Perkampungan Warisan ini dan diantaranya ialah membantu di setiap Majlis Kenduri Kahwin seperti memasang khemah, mengangkat pinggan-mangkuk dan mencucinya. Selain itu, Pemuda atau Belia ini akan menjadi Pasukan Kompang di Majlis Perkahwinan serta di lain-lain Majlis Undangan yang diadakan di Perkampungan Warisan ini.

                             

                  

Aktiviti Latihan Kompang di Perkampungan Warisan Parit Sidang Seman

Sumber: Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Parit Sidang Seman

 

d.    SUKAN

Ahli-ahli Persatuan Pakatan Penduduk di Perkampungan Warisan ini juga mengadakan pertandingan sukan bagi penduduk setempat serta menggalakkan Pemuda atau Belia untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Selain itu, ahli-ahli persatuan dan penduduk setempat juga akan menyertai pertandingan sukan yang dianjurkan oleh JAPERUN dan perkampungan sekitar bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain.

               

                  
                  

                 

Aktiviti Sukan di Perkampungan Warisan Parit Sidang Seman

Sumber: Kawalan Rukun Tetangga (KRT) Parit Sidang Seman

 

e.     KEJAYAAN YANG TELAH DICAPAI:

 

                                     i.          Johan bagi Sukan Kategori Kampung pada tahun 2004 sehingga 2007 yang dianjurkan oleh JAPERUN Sungai Rambai

                                    ii.          Naib Johan bagi Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Jasin pada tahun 2007 bersama JKKK Sungai Rambai Barat

                                   iii.          Johan bagi Pertandingan Pelita Raya dan Lampu Hiasan Peringkat Daerah Jasin yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2007

                                 iv.          Johan bagi Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Peringkat JAPERUN Sungai Rambai bersama JKKK Sungai Rambai Tengah

                                   v.          Johan bagi Pertandingan Pelita Raya dan Lampu Hiasan Peringkat Daerah Jasin yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008

                                  vi.          Johan bagi Pertandingan Pelita Raya dan Lampu Hiasan Peringkat DUN Sungai Rambai pada tahun 2009

                                 vii.          Mendapat Pengiktirafan daripada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai Perkampungan Warisan yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Melaka

                                viii.          Johan bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat DUN dan Daerah Jasin serta Naib Johan di peringkat Negeri Melaka pada tahun 2010

                                  ix.          Johan bagi Pertandingan Kampung Bersih dan Landskap di peringkat Daerah Jasin dan Nasib Johan di peringkat Negeri Melaka

                                    x.          Johan bagi Pertandingan Pelita Raya dan Hiasan Lampu di peringkat DUN Sungai Rambai pada tahun 2015 serta

                                  xi.          Johan bagi Pertandingan Kibar Jalur Gemilang yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Jasin pada tahun 2015


 

5.     AHLI-AHLI JAWATANKUASA DAN KELAB DI PERKAMPUNGAN WARISAN PARIT SIDANG SEMAN:

PERSATUAN PAKATAN PENDUDUK KAMPUNG PARIT SIDANG SEMAN:

Pengerusi

Tuan Haji Rusnan bin Haji Arshad

Naib Pengerusi

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Paiman

Setiausaha

Encik Mad Lozi bin Neimat

Penolong Setiausaha

Tuan Haji Abdul Khalid bin Haji Md. Diah

Bendahari

Encik Abdul Rashid bin Bahari

Ahli Jawatankuasa

Ustaz Md. Lazam bin Haji Saleh

Encik Amran bin Saat

Encik Mohd Reduwan bin Haji Md. Diah

Encik Zaini bin Md. Dan

Encik Aman bin Sahat

Akauntan

Encik Jamaan bin Kaslar

Encik Razali bin Md. Iwap

 

AHLI PERSATUAN MADRASAH AL-JIHAD

Imam

Ustaz Md. Lazam bin Haji Saleh

Bilal

Encik Wahab bin Katap

Pengerusi

Tuan Haji Rusnan bin Haji Arshad

Naib Pengerusi

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Paiman

Setiausaha

Tuan Abdul Khalid bin Haji Md. Diah

Penolong Setiausaha

Encik Mad Lozi bin Neimat

Bendahari

Ustaz Md. Lazam bin Haji Saleh

Ahli Jawatankuasa

Encik Md. Dom bin Md. Amin

Encik Abd. Rahman bin Mohd

Encik Jamil bin Haji Saleh

Encik Misman bin Neimat

Encik Azhar bin Haji Daril

Tuan Haji Mat Lazi bin Haji Abu Bakar

Razali bin Md. Iwap

Encik Rosli bin Md. Yunus

Puan Asmah binti Atan

Puan Fauzimah binti Rahim

Akauntan

Hassan bin Ismail

Rosnan bin Mahat

 

AHLI KELAB PEMUDA/BELIA

Ketua

Encik Md. Sofri bin Hassan

Naib Ketua

Encik Mohd Riduan bin Haji Md. Diah

Setiausaha

Encik Zali bin Hassan

Bendahari

Encik Zainal bin Md. Dan

Ahli Jawatankuasa

Encik Herman bin Mahat

Encik Hamidon bin Ismail

Encik Mohd Nor Amir bin Md. Yazid

Encik Rosli bin Md. Yunus

Encik Khairul Nizam bin Rahman

Akauntan

Encik Jasmin bin Atan

Encik Mohd Adib bin Nordin

 


 

KAWALAN RUKUN TETANGGA (KRT)

Pengerusi

Encik Razali Bin Iwap

Naib Pengerusi

Encik Mohd Helmy bin Mohd Matar

Setiausaha

Encik Mad Lozi bin Neimat

Penolong Setiausaha

Puan Nur Khaliesah binti Md. Diah

Bendahari

Encik Jamil bin Haji Saleh

Ahli Jawatankuasa

Encik Muhammad Firdaus bin Rosnan

Encik Mohd Reduwan bin Md. Diah

Encik Ahmad Safri bin Hassan

Encik Hassan bin Ismail

Encik Mohd Nor bin Md. Iwap

Encik Mohd Adib bin Nordin

Encik Abd. Rashid bin Bahari

Puan Fauzimah binti Rahim

Encik Rosali bin Atan

Encik Md. Hassan bin Jamaludin

Puan Suriyahwati binti Misdi

Encik Mohd Azmil bin Borhan

Encik Rahmat bin Abd. Aziz

Puan Raja Rosnani binti Raja Kudin

Akauntan

Encik Zainudin bin Md. Dan

Encik Md. Diah bin Che Mat


No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...