Tuesday, June 23, 2020

KUASA WANITA SEBAGAI KETUA PEMIMPIN

Oleh: ANIS NABILAH BINTI MAHAMAD SUKKERI (2017990775)


Pn. Maznah Binti Abraman


JAWATAN DISANDANG:

·        Pengurusi Komuniti Block F 2010 – 2020

·        Pengerusi Tadika Perpaduan (A,B,C) 2015 – 2020

·        Ketua Kumpulan Bacaan Ya’asiin Ar- Raudhah 2005 – 2020

·        Ketua Wanita UMNO 2004 - 2020


        Pada 19/6/2020 untuk memenuhi Tugasan Sustainable Community Planning, kawasan tempat tinggal saya berada di PPR Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Saya menemubual salah satu ikon di komuniti saya yang selama 3 tahun keatas telah memegang banyak jawatan di sandang, saya menemu ramahnya mengikuti SOP yang tertakluk oleh pihak kerajaan disebabkan isu COVID yang berleluasa memerlukan penjagaan jarak.

                                                 Carta Organisasi KRT Blok F, PPR Taman Beringin


Carta Organisasi AJK Komuniti KPPRT Blok F, PPR Taman Beringin

        Puan Maznah selalu menjadi pilihan masyarakat sepanjang tahun kerana sikapnya yang ramah, seorang yang penuh kepemimpinan yang baik, dan pendengar ketika menghadapi masalah yang tidak menyenangkan di kawasan perumahan. Beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan kerja kemasyarakatan, seorang yang lantang bersuara dengan pendapatnya dan seorang yang tegas. Puan Maznah berkelayakan dari Universiti Kebangsaan Malaya tetapi atas sebab masalah keluarga beliau terpaksa berhenti untuk melanjutkan pengajian.  Puan Maznah lahir pada 25 Mey 1965, nama suaminya Mohd Din bin Mohd Salleh bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau mempunyai 6 anak 3 lelaki, 3 perempuan. Tertua adalah Azli Idham bin Mohd Din. Kedua ialah Kushiah bin Mohd Din. Ketiga, Firdaus bin Mohd Din. Keempat, Hazim bin Mohd Din. Kelima, Maisarah bin Mohd Din dan terakhir, Khairiyah bin Mohd Din.
  
Photo beliau bersama seisi keluarganya    

        Pelbagai aktiviti yang beliau buat untuk masyarakat Blok F yang di rancang oleh beliau bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk  seperti Majlis Jamuan Hari Raya, Majlis Berkhatan, dan lain-lain. Dia juga pengasas bagi penubuhan kumpulan Bacaan Yasiin, aktiviti ini biasanya dilakukan di dewan kecil kawasan blok setiap hari Khamis malam. Selain itu juga, usaha beliau dalam menubuhkan sebuah surau di kawasan kediaman telah menjadikan kesenangan untuk golongan berusia ingin menunaikan ibadah. selain itu, di surau juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti yang di lancarkan bersama sama beliau seperti Majlis Berkhatan.


Carta Organisasi Kumpulan Yaa'ssiin Ar-Raudhah Blok F


    
Jamuan Raya Puan Maznah bersama bekas Ketua KPRT Blok F Puan Sharifah



Majlis Berkhatan di Surau Ar-Raudhah


       Sepanjang beliau memangku pelbagai jawatan beliau meluahkan rasa pengalaman beliau yang di penuhi pahit dan manis yang mematangkan beliau untuk melaksanakan keputusan dengan baik. Beliau berkata sesebuah komuniti itu tidak akan wujud jika tiada sepakat antara ahli jawatan kuasa beliau. Oleh itu, dia berkata tiada kemanisan sesuatu itu jika tiada kerjasama, sepanjang beliau berjawat jawatan alhamdulillah beliau bersyukur dengan kenalan beliau yang ada waktu susah senang sehingga mampu menempah nama Blok F PPR Taman Beringin, antara Blok yang terbersih dan tercantik di Taman Beringin  selama 3 tahun berturut turut. 


       Beliau pernah mengatakan kepada saya 'rezeki Allah ada di mana mana' bekerja untuknya dan menikmatinya sebaik mungkin memandangkan  saya masih belajar dan saya perlu yakin untuk masa depan hidup saya. Beliau selalu memberi keberanian pada saya. Terima kasih kerana getaran positifnya, ini membantu saya untuk menjadi diri saya sekarang. Tidak kira di mana anda tinggal, apa keadaan kehidupan anda, tetapi anda yang menentu langkah kehidupan anda untuk mengubahnya.

Sesi bergambar bersama Puan Maznah di pengakhiran temu ramah bersama











No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...