Tuesday, June 23, 2020

Tuan Haji Ustaz Abdullah Yahya: IKON ISLAM KAMPUNG POKOK ASAM PEKAN TIKAM BATU.


Tuan Haji Ustaz Abdullah Yahya: IKON ISLAM KAMPUNG POKOK ASAM, PEKAN TIKAM BATU.

 

Oleh: Siti Hanisah Md Zahari

 

Ustaz Abdullah merupakan salah seorang ikon penting di kalangan penduduk Kampung Pokok Asam, Tikam Batu, Kedah. Ustaz Abdullah Yahya yang dilahirkan pada tahun 1944 digelar sebagai ikon penduduk di sekitar kampung beliau dan juga dikawasan pekan Tikam Batu kerana usaha beliau banyak melibatkan penduduk dan golongan belia dengan aktiviti kemasyarakatan dan juga merupakan  salah seorang individu yang telah banyak berjasa di dalam komuniti beliau terutamanya di sekitar Pekan Tikam Batu, Kedah iaitu dalam usaha dakwahnya kepada penduduk serta golongan belia serta membanteras golongan-golongan penagih dadah, isu gejala sosial dikalangan remaja, dan juga isu-isu pencemaran alam sekitar di kawasan tempat jagaan beliau.

 

Ustaz Abdullah yang mempunyai anak seramai 5 orang hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Allahyarhamah Ramlah Ahmad. Beliau berkelulusan Pengajian Al-Quran di Universiti Malaya serta Pengajian Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (UniSHAMS) ini  mampu bertutur dalam empat bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Mandrin, Bahasa Arab serta Bahasa Urdu. Dengan berkebolehan bertutur dalam pelbagai Bahasa telah membuahkan hasil kerana beliau telah menarik pelbagai masyarakat pelbagai kaum untuk mendekati beliau. Beliau sering melibatkan diri didalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan,


Antaranya ialah;


  • Mendekati golongan asnaf dan fakir miskin dengan memberi bantuan rumah-kerumah;
  • Aktiviti gotong royong melibatkan penduduk kampung beliau serta;
  • Mengajak pelbagai kaum serta agama untuk menyertai ceramah dan mengikuti majlis agama anjuran beliau. 

 

Hal ini telah menyebabkan diskriminasi antara pelbagai kaum di kampung beliau ditangani dan hampir tidak berlaku hal-hal diskriminasi antara kaum tersebut di kawasan ini.

 

Sebelum beliau berkhidmat sebagai Imam Masjid Pokok Asam, beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan keahlian antaranya;

 

  • Ahli Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kulim, 
  • Ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Kuala Muda, 
  • Ahli Lembaga Tabung Pegawai Masjid Negeri Kedah Darul Aman,
  • Guru Sekolah Akhlak Pokok Sena dan juga;
  •  Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda

 

Beliau yang telah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan selama 31 tahun sebelum bersara pada tahun 1999 dan menjadi Iman di Masjid pokok asam sehingga hari ini. Antara agensi kerajaan yang beliau pernah berkhidmat ialah sebagai  Pegawai Pejabat Agama Daerah Kuala Muda pada tahun 1995. Beliau merupakan Imam Masjid Pokok Asam yang telah mendapat pelbagai anugerah kerana tugas beliau dalam mendidik anak ummah di kampung beliau. Antaranya anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh Ustaz Abdullah ialah, Pingat Bakti Setia (PBS)Tokoh Maulidur rasul 2015 dan yang terkini ialah Tokoh Maal Hijarah Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2019.

 

Kata-kata beliau motivasi beliau iaitu;

 

Menekankan konsep belajar sepanjang hayat untuk memastikan kesinambungan ilmu di dunis dan di akhirat” dan

 

beliau juga berharap;

 

Dapat memberi khidmat kepada masyarakat demi Agama Allah s.w.t agar mendapat keredhaan Allah s.w.t di dunia dan di akhirat



Tuan Haji Ustaz Abdullah Yahya sewaktu menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah, 2019.


Tuan Haji Ustaz Abdullah Yahya bersama 3 daripada 5 orang anak beliau.


Tuan Haji Ustaz Abdullah Yahya bersama 3 daripada 5 orang anak beliau (2 daripadanya tidak dapat hadir kerana berada di luar negara) ketika menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah, 2019.


Antara aktiviti yang sering diadakan di sekitar Kampung Pokok Asam dan juga di sekitar kawasan Pekan Tikam Batu ialah;


  • Aktiviti - Aktiviti Gotong royong;

  • Majlis Ceramah Ugama;

  • Menziarahi golongan fakir dan asnaf dalam memberi bantuan kepada golongan tersebut;

  • Mendekati belia / remaja agar menjauhi dadah dan dari sebarang aktiviti masalah social dengan memberi bantuan dari segi nasihat dan motivasi kepada golongan tersebut.



Antara Aktiviti gotong royong dan aktiviti memasak bubur Asyura di kawasan masjid dan juga kampung sekitar pekan Tikam Batu.


MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG yang terdiri daripada Ppengurusi setiausaha dan juga ahli yang seramai 11 orang bertanggung jawab mlaksanakan tugasan yang telah di serahkan kepada yang memegang jawatan masing-masing. Di kawasan Pekan Tikam Batu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung terdiri daripada beberapa Kampung di sekitar Pekan Tikam Batu termasuk Kampung Pokok Asam. Bagi kawasan Pokok asam selain Menjadi Imam Masjid Pokok asam beliau juga merupakan ahli Kebajikan dan Kesukarelawan


 

Kampung Pokok Asam berada di peringkat JKKK dan MPKK (Ahli Jawatankuasa).

 


No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...