Tuesday, June 23, 2020

PEMIMPIN BERDEDIKASI SERTA BERWAWASAN KAMPUNG DALUNGAN, TAMBUNAN: ENCIK SUHAILI LAIMAN

Oleh: Loveryn Yabin


PENGENALAN IKON KOMUNITI

Encik Suhaili Laiman merupakan ikon komuniti di daerah Tambunan kerana beliau merupakan seorang Pengerusi Persatuan Kelab Belia Integrasi Tambunan, Sabah. Kelab Belia Integrasi Tambunan (KBIT) merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Walaupun beliau seorang yang dianggap masih muda di kalangan penduduk daerah Tambunan, beliau ialah seorang yang sangat aktif bergiat dalam memimpin dan meningkatkan lagi kemahiran dan kualiti belia-belia yang tinggal di kawasan pedalaman di daerah Tambunan, Sabah agar tidak dipandang serong oleh masyarakat. Sepanjang beliau menjadi Pengerusi Persatuan Belia di Daerah Tambunan, beliau berjaya membawa belia-belia di daerah Tambunan bergiat aktif dalam pelbagai acara tahunan di dalam Daerah dan juga di luar Daerah.


BIOGRAFI IKON KOMUNITI




Encik Suhaili Laiman yang dilahirkan pada tanggal 23 februari 1991 dan berumur 29 tahun berbangsa dusun. Beliau dilahirkan dan berasal dari kampung Dalungan, Tambunan, Sabah. Beliau  merupakan anak ke-9 daripada 11 orang adik-beradik. Beliau juga mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Perancang Bandar dan Wilayah dari Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darulaman. Pada masa kini, beliau bekerja sebagai Penolong Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Kota Kinabalu. Beliau mula bertugas di Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Kota Kinabalu pada tahun 2012.

Sepanjang beliau menjadi pengerusi kelab belia integrasi daerah Tambunan, beliau telah berjaya menganjurkan beberapa acara di dalam dan luar daerah Tambunan seperti program amal belia dan juga festival belia tambunan pada tahun 2018 yang bertempat di Pisompuruan Square, Tambunan.  Tambahan itu, beliau juga sering membawa ahli-ahli kelab tersebut melakukan aktiviti gotong-royong dan juga aktiviti kebajikan seperti memberi bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan di dalam Daerah Tambunan dan juga di luar Daerah Tambunan. Selain itu, beliau juga telah menganjurkan beberapa pertandingan e-sport yang bertempat di daerah Tambunan dan juga di Bandaraya Kota Kinabalu. Beliau juga telah berjaya membawa 4 orang daripada ahli belia tersebut yang dikenali sebagai Tambadau Squad (TS) bertanding di pelbagai acara pertandingan e-sport di peringkat Negeri seperti PMNC2018 dan PMNC2019. Selepas itu, mereka juga telah diintai oleh GeekFam iaitu sebuah kelab gaming daripada Semenanjung Malaysia sebelum Squad ini bersetujuh untuk menerima lamaran GeekFam bagi menyertai Squad PUBGM.


GAMBAR KELUARGA IKON ENCIK SUHAILI LAIMAN



Gambar bersama keluarga besar Encik Suhaili Laiman yang bertempat di Kampung Dalungan, Tambunan.


KATA-KATA INSPIRASI IKON YANG MENJADI MOTIVASI KEPADA ORANG LAIN

Antara kata-kata inspirasi yang menjadi motivasi ikon ini ialah seperti berikut “Diantara perjuangan dan cita-cita maka pilih la perjuangan kerana ia datang dengan keikhlasan sedangkan cita-cita hanyalah untuk kepentingan” yang diucap oleh En. Suhaili Laiman semasa anjuran festival belia Tambunan pada 3 November 2018 yang bertempat di Pisompuruan Square, Tambunan, Sabah.


CARTA ORGANISASI PERSATUAN KELAB BELIA INTEGRASI DAERAH TAMBUNAN

Persatuan kelab belia integrasi daerah Tambunan telah ditubuhkan pada 1 November 2014 dengan keahlian seramai 12 orangKelab ini telah mendapat kelulusan daripada RoY pada 13 Ogos 2015 dengan nombor pendaftaran PPBM 9904/15 dengan nama Kelab Belia Integrasi Kampung Dalungan Tambunan (KBIT). Setakat Jan 2020, kini Kelab ini mempunyai keahlian seramai 75 orang dan sebanyak 23 lagi permohonan sedang diproses. Berikut adalah carta organisasi persatuan ini:






VISI

Kelab ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan belia yang bersatu padu khususnya belia di daerah Tambunan dan sebagai saluran kepada mereka untuk bergiat aktif dalam pelbagai bidang berkaitan belia di Malaysia.


OBJEKTIF

Terdapat (6) objektif Persatuan kelab belia integrasi daerah Tambunan seperti berikut:

i.    Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli-ahli;

ii.    Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian dan lain-lain;

iii.    Menggalakkan penyertaan ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat;

iv.   Memberi peluang kepada ahli-ahli terlibat dalam program latihan kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan;

 v.  Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber kewangan pertubuhan;

vi. Bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dalam pelaksanaan program pembangunan belia.


FUNGSI

Kelab ini didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) berfungsi sebagai badan perunding dalam hal yang berkaitan pembangunan belia.


ANTARA AKTIVITI KELAB BELIA YANG DIADAKAN SEPANJANG TAHUN 2019


 

Pada 11 Februari 2019, ahli Persatuan kelab belia integrasi daerah Tambunan telah menjalankan aktiviti gotong-royong yang bertempat di Pekan Daerah Tambunan, Sabah.


Pada 26 Mac 2019, Pesatuan Kelab Belia Daerah Tambunan telah menjadi penganjur acara e-sukan di peringkat daerah yang bertempat Kompleks Sukan Daerah Tambunan, Sabah.


Bersempena dengan tahun melawat Tambunan 2019, persatuan kelab belia Daerah Tambunan telah menyertai aktiviti perarakan yang bertempat di Pekan Daerah Tambunan pada 12 September 2019


Pada 17 November 2019, ahli Persatuan Kelab Daerah Tambunan telah menyertai pertandingan e-sukan dan telah menjadi johan pertandingan tersebut yang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.


Pada 10 December 2019, Ahli Persatuan Kelab Belia Daerah Tambunan telah mewakili daerah Tambunan dalam menyertai pertandingan SAGA Mobile Legend Tournament yang bertempat di Keningau, Sabah.




No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...