PEMIMPIN
KOMUNITI KAMPUNG BATU 2 SEPINTAS
“KEJUJURAN DAN KETEKUNAN”
“PRODUKTIVITI
TINGGI AMALAN KITA”
NAMA : NOR FARHANA SYAKIRAH BINTI HASSAN
NO MATRIK : 2016419094
1.0 PENGENALAN
Ikon
komuniti merupakan seorang wajah yang menjadi imej bagi sesebuah komuniti. Ikon
komuniti boleh juga terdiri daripada Ketua Kampung, Pengerusi JKKK atau
Pengerusi Persatuan Penduduk. Bagi Kampung Batu 2 Sepintas, ikon komuniti yang
dipilih ialah Ketua Kampung. Ketua Kampung merupakan seseorang yang mengetuai
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Ketua Kampung
bertanggungjawab dalam mengekalkan keharmonian kampung di samping menyelesaikan
setiap permasalahan yang timbul bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan
kampung. Ketua Kampung yang dilantik perlulah seseorang yang mampu
berkomunikasi bersama komuniti kampung. Kebiasannya Ketua Kampung akan dijemput
bagi menghadiri dan merasmikan aktiviti atau majlis yang diadakan di kampung
mereka. Menjadi Ketua Kampung bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ianya
memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi di samping perlu telus dalam
menjalankan tugas. Oleh yang demikian, Ketua Kampung layak diangkat sebagai
ikon komuniti bagi sesebuah kampung.
2.0 BIOGRAFI IKON KOMUNITI
En Md Subir Md Ali atau lebih dikenali
sebagai Tok Sidang Subir merupakan Ketua Kampung Batu 2 Sepintas semenjak tahun
2018 sehingga kini. Beliau dilahirkan pada 11 Januari 1967 dan kini umurnya
telah mencecah 53 tahun. Pendidikan tertinggi beliau ialah SPM. Beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Kampung
Batu 2 Sepintas selama 2 tahun. “Tagline”
yang digunapakai sebagai kata-kata motivasinya ialah “kejujuran dan ketekunan”.
Selain itu, “produktiviti tinggi amalan kita” juga merupakan kata-kata motivasi
yang beliau terapkan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Kampung.
Gambar En
Subir yang merupakan Ketua Kampung Batu 2 Sepintas
En Subir bergambar
bersama ahli keluarganya
En Subir
bersama komuniti Kampung batu 2 Sepintas ketika Majlis Khatan Perdana 2019
1.0
ORGANISASI JKKK KG BATU 2 SEPINTAS
1.1
Visi JKKK Kampung Batu 2 Sepintas
Visi JKKK Kampung Batu 2 Sepintas ialah ke arah
pembinaan masyarakat yang berdaya saing dan berdaya juang dalam persaingan
global
1.2
Misi JKKK Kampung Batu 2 Sepintas
Membina dan mengekalkan perpaduan dalam amalan hidup
seharian di samping mempertingkatkan taraf ekonomi diri dan keluarga
berteraskan ajaran agama.
- Meningkatkan pengurusan berasaskan peraturan dan nilai yang murni
- Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya perpaduan di dalam kehidupan bermasyarakat.
- Meningkatkan kemahiran penduduk dalam penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi sejajar dengan perkembangan dunia.
- Meningkatkan taraf kehidupan penduduk melalui peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan.
- Menjadikan kampung sebagai tempat tinggal yang sentiasa cemerlang dalam aspek kehidupan seharian.
1.0 STRUKTUR ORGANISASI JKKK KG BATU 2 SEPINTAS
Pengerusi |
Md Subir bin Md Ali |
Setiausaha |
Amir Abdul Aziz bin Aspul Anuar |
Biro
Pengurusan Kewangan |
Mohd Azhari bin Dol Sani |
Biro Keselamatan
dan Kesihatan |
Mohd Rozainie bin Jalil |
Biro
Pembangunan Prasarana |
Junaidah binti Ijam |
Biro
Ekonomi dan Keusahawanan |
Nur Fazira binti Md Subir |
Biro
Kesejahteraan dan Keceriaan |
Nurul Aini Syuhaida binti Abdu Kadir |
Biro
Pendidikan dan Inovasi |
Alkaf bin Muhamad |
Biro
Pemantapan Spiritual |
Mohammad Fakim bin Md Subir |
Biro
Kebajikan dan Kesukarelawan |
Subpri bin Ahmad |
Biro
Belia, Sukan dan NGO |
Khairul Nizan bin Shamsuddin |
Biro
Infrastruktur dan Komunikasi |
Abd Rahman bin Rasidi |
Aktiviti
komuniti di dalam sesuatu kawasan dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan
silaturrahim antara penduduk. Bagi Kampung Batu 2 Sepintas, antara aktiviti
komuniti yang telah dijalankan adalah mengadakan program bersama Polis Diraja
Malaysia Cawangan Sabak Bernam bersama JKKK Kampung Batu 2 Sepintas. Program
tersebut dijalankan bertujuan untuk membuat rondaan di kawasan kampong bagi
mencegah kecuriaan buah sawit dan pisang. Selain itu, program tersebut juga
bertujuan mencegah berlakunya gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan
lumba haram.
En Subir bersama Anggota PDRM Sabak Bernam dan JKKK Kampung Batu 2
Sepintas bagi rondaan sekitar Kampung Batu 2 Sepintas
No comments:
Post a Comment