IZATI ZAIDI
GARDEN AVENUE, SEREMBAN 2 TELAH SIAP DIBANGUNKAN PADA 2017.
PERTUBUHAN KOMUNITI DISITU DITUBUHKAN
SEJAK 2018. PADA MULANYA TUAN HELIMY HANYA MENYANDANG JAWATAN AJK DAN PADA 2019
SEHINGGA KINI BELIAU MENJADI PENGERUSI KEPADA KOMUNITI DI SITU. MENURUTNYA
MENJADI SEORANG USAHAWAN DAN JUGA PEMIMPIN ADALAH SATU KOMITMEN YANG BESAR
DALAM SATU ORGANISASI.
BELIAU LAHIR PADA TAHUN 1973. UMUR BELIAU ADALAH 47 TAHUN. ISTERI BELIAU
BERNAMA PUAN SUHAILA BINTI HAJI ABDUL WAHAB DAN MEMPUNYAI 4 ORANG CAHAYA MATA.
BELIAU MERUPAKAN SEORANG YANG BERKALIBER DAN BERJAYA. BELIAU MEMPUNYAI EMPIRE
YANG DITUBUHKAN BERNAMA SW GROUP YANG BERTEMPAT DI DATARAN CENTRIO
SEREMBAN 2 SEBAGAI DIREKTOR MANAGING. DALAM PADA ITU BELIAU MERUPAKAN SEORANG
AHLI MAJLIS DI MAJLIS PERBANDARAN NILAI.
JAWATAN PENGERUSI KOMUNITI GARDEN AVENUE INI DI SANDANG HAMPIR SETAHUN
LEBIH. OLEH KERANA KAWASAN PERUMAHAN YANG DIDIAMI ADALAH KAWASAN BERPAGAR
KOMUNITI INI DITUBUHKAN. KOMUNITI GARDEN AVENUE INI ADALAH BARU SAHAJA
DITUBUHKAN 2017 YANG LALU. KOMUNITI INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK BERSAMA-SAMA
MENJAGA KEAMANAN DAN KESELAMATAN KAWASAN GARDEN AVENUE. IA JUGA MENGGALAKKAN
PENYERTAAN KOMUNITI DALAM SEMUA AKTIVITI YANG DIANJURKAN DENGAN KERJASAMA
ANTARA SATU SAMA LAIN. IA JUGA DAPAT MENYERTAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KOMUNITI
YANG LAIN BERSAMA PENDUDUK.
OBJEKTIF UTAMA KOMUNITI INI ADALAH MENGGALAKKAN PENYERTAAN PENDUDUK DALAM
PROGRAM YANG DIANJURKAN. SELAIN DARIPADA ITU MEMBANTU MENANGANI ISU-ISU KESELAMATAN
DAN KESEJAHTERAAN PENDUDUK DAN TERAKHIR SEKALI ADALAH MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK
DI ANTARA HIDUP BERJIRAN.
FUNGSI DAN PERANAN KOMUNITI INI ADALAH BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHU DENGAN
PENDUDUK UNTUK MENJAGA KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KAWASAN GARDEN AVENUE DAN
IA BERTINDAK SEBAGAI SATU NADI PENGGERAK DAN PENDORONG KEPADA PENYATUAN DAN
PERPADUAN MASYARAKAT MELALUI PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN DAN JUGA HAL-HAL
BERKAITAN KEHIDUPAN SETEMPAT.
KOMUNITI INI TERDIRI DARIPADA;
KOMUNITI INI ADALAH DITUBUHKAN UNTUK MEMBANTU DAN MERAPATKAN SILATURAHIM
ANTARA PENDUDUK AGAR TIADA SIAPA YANG KETINGGALAN DAN DAPAT MERASAI KEHIDUPAN
YANG SELESA, TENTERAM DAN SELAMAT. ANTARA TUGAS KOMUNITI INI ADALAH;
- MENYALURKAN
BANTUAN BAGI YANG MEMERLUKAN
- BEKERJASAMA
MENGAWASI KESELAMATAN KEJIRANAN
- MEMBANTU
DALAM MENANGANI KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR
- MEWUJUDKAN
AKTIVITI-AKTIVITI PERPADUAN DI KALANGAN PENDUDUK
- MENYAMPAIKAN
MAKLUMAT KEPADA PENDUDUK
BERIKUT ADALAH AKTIVITI KOMUNITI YANG PERNAH DIJALANKAN OLEH KOMUNITI
BELIAU;
1.PERLAWANAN BOLA TAMPAR YANG DIADAKAN DI ANTARA PENDUDUK-PENDUDUK
2.LAWATAN TAPAK UNTUK PROGRAM KEBUN KOMUNITI
3.PROGRAM GUNTING RAMBUT PERDANA DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN
TAUTAN KASIH
4.PROGRAM GOTONG ROYONG 'GO GREEN' BERSAMA PENDUDUK
5.PROGRAM MENZIARAHI PENDUDUK SAKIT LUMPUH
PADA BELIAU BERKHIDMAT BERSAMA KOMUNITI INI SANGAT BERHARGA KERANA BELIAU
INGIN MEMASTIKAN TIADA SIAPA YANG KETINGGALAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN,
PERKHIDMATAN, KESELESAAN DAN JUGA KESELAMATAN BERSAMA. MAJULAH SEBAGAI ANAK
BANGSA YANG BERGUNA DAN SALING MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK TERUS MAJU
KE HADAPAN.
No comments:
Post a Comment