PEMIMPIN TANPA BERILMU IBARAT PATUNG
TANPA JIWA: KHAIRUL ZAMRI BIN HAJI JAMAL
PENGENALAN TENTANG KHAIRUL ZAMRI BIN HAJI JAMAL
PEMIMPIN TANPA BERILMU IBARAT
PATUNG TANPA JIWA ialah kata-kata semangat yang memotivasikan dirinya sehingga
menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berdedikasi dalam segala
tadbir urus aktiviti kemasyarakatan Beliau memegang jawatan Pengerusi Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Sebagai Ketua Kampung di Pekan Jeram
Kuala Selangor daripada tahun 2017 sehingga kini. Peranan yang dimainkan oleh
seorang tokoh masyarakat yang terkenal kerana komitmen tanggungjawab yang
tinggi dalam menggalas tugas dan keperibadiannya yang sangat sederhana
terhadapa masyarakat sekeliling. Beliau juga rajin ,peka dan berperanan merubah
cara berfikir masyarakatnya. Sifat kesungguhannya dengan kerja kuat amal
kebajikan yang boleh menjadi contoh seorang peribadi yang sangat sederhana,
disegani serta disayangi oleh masyarakatnya.
KHAIRUL ZAMRI BIN HAJI JAMAL dilahirkan di Pekan Jeram, Kuala Selangor, pada 9 Januari 1971. Beliau merupakan anak watan Negeri Selangor dan tinggal mastautin mempunyai asset rumah dan tanah di Jeram lebih dua dekad yang lepas bersama keluarganya. Khairul Zamri mendapat pendidikan awal di SK Jeram dari darjah satu hingga enam kemudian meneruskan pelajaran menengah di SMKA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
ISO 9001. Pada tahun 2011, beliau
pernah mendapat pendedahan kursus dalam mempraktiskan Project Risk Assessment
Ketika berkhidmat sebagai Ketua Unit Enforcement dalam Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan SPNB. Beliau juga pernah menjadi pensyarah jemputan selama
8 tahun di PERHEBAT (Kementerian Pertahanan Malaysia) bagi subjek Penubuhan
Entiti Perniagaan, Undang-undang Perniagaan dan Eksport dan Import melalui
firma Khazam & Associates.
Dalam kegiatan kemasyarakatan, Khairul
Zamri bin Haji Jamal sentiasa berkhidmat kepada masyarakatnya sama ada atas
kapasitinya sebagai Ketua Kampung, Pengerusi MPKK, Wakil Ketua Anak Negeri
iaitu jawatan-jawatan yang pernah disandangnya.
Beliau seorang yang gigih
berjuang untuk kebaikan, kebajikan dan maslahat penduduk kampung di daerah
Pekan Jeram. Sebagai mengiktiraf jasa baktinya, beliau pernah dikurniakan anugerah
MPKK terbaik dengan nilai skor sebanyak 91% tertinggi dikalangan Pengerusi dan
Ketua Kampung di Daerah Kuala Selangor dan Negeri Selangor pada tahun 2019.
AKTIVITI
KEMASYARAKATAN TOKOH YANG DISEGANI DAN DIHORMATI RAMAI
1 Jun 2020 : Ketua-ketua Biro
MPKK Pekan Jeram menerima sumbangan Bantuan
Kewangan Dari Kerajaan Selangor yang disampaikan Pengerusi MPKK.Ianya
suatu mechanism motivasi & menggarap tugasan dengan lebih cemerlang.
Moving forward with team work
& work smart. "People Cares ".
Pengerusi MPKK Pekan Jeram
bersama dalan Mesyuarat Penyelaras Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor bagi
membincangkan urusan pentadbiran desa.
Sebahagian penduduk dari golongan
B40, ibu tunggal, asnaf dan keluarga memerlukan menerima sumbangan bagi
terjejas covid-19 pada 20/4/2020
20/4/2020 jam lebih kurang 11.30 pagi berlaku kebakaran kebun di Jalan Andak Daom berhadapan tiang TNB 29 & TNB 30.Lebih 1/4 ekar sawit dan serai terbakar.Sikap tidak bertanggungjawab menyebabkan kebun berhampiran turut terkesan.Pengerusi MPKK telah menghubungi pihak BOMBA selain hebahan segera dalam group whatsapp.
Menyampaikan sumbangan korporat
CSR kepada puluhan keluarga warga dibawah pentadbiran MPKK Pekan Jeram bagi
kepayan ekonomi covid-19 pada 23 & 24/3/2020
Harapan Beliau
Pada Masa Hadapan
Diharapkan mendapat
kelulusan kerajaan negeri bagi membangunkan Pusat Inkubator Usahawan Desa Jeram
di Pekan Jeram, Kuala Selangor. Sekiranya ini Berjaya, ianya akan dapat memberi
manfaat kepada usahawan kecil dan nelayan yang ada minat keusahawanan untuk
menjadi peniaga yang berjaya dan secara tidak langsung dapat menyumbang bakti
kepada ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment