Wednesday, June 24, 2020

PEMIMPIN BERWIBAWA KETUA KAMPUNG MELAYU SALENG: ENCIK SHAHUL HAMID BIN ABDUL JALEEL

PEMIMPIN BERWIBAWA KETUA KAMPUNG MELAYU SALENG

BIODATA ENCIK SHAHUL HAMID BIN ABDUL JALEEL

Encik Shahul Hamid Bin Abdul Jaleel merupakan seorang ketua bagi kampung Melayu Saleng, Kulai, Johor. Beliau dilahirkan pada 9 November 1965 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Sedikit sebanyak informasi tentang beliau adalah beliau sudah berkahwin dengan pilihan hatinya dan telah dikurniakan anak seramai empat orang. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra dan melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Mara Shah Alam. Beliau telah diamanahkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kulai untuk berkhidmat kepada komuniti yang menetap di Saleng. Antara kampung rangkaian di bawah seliaan beliau ialah Taman Mesra, Taman Pancasila. Taman Saleng Indah, Taman Sutera, Taman Muhibbah, Taman Sri Saleng, Taman Gaya, dan Taman Saleng Gaya. Kata-kata semangat yang sentiasa dipegang oleh ketua kampung ini adalah “Pemimpin terbaik dalam sejarah memahami pentingnya memberikan motivasi dan arah yang jelas untuk mencapai tujuan yang lebih besar”.


CARTA ORGANISASI KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG SALENG, KULAI


AKTIVITI KOMUNITI YANG PERNAH DIJALANKAN 


Bilik Rezeki telah dibuka oleh MPKK Kg, Melayu, Saleng diatas insentif sebagai Ketua Kg. Selama 3 hari bermula 26 Mac 2020


Menjalankan 2 aktiviti serentak Jom Gunting Rambut dan Back to School Anjuran bersama MPKK Kg Melayu Saleng dan Armada Bahagian Kulai.


Program berkhatan anjuran KSR Muhibah tahun 2019

Disediakan oleh: 

DZARIFAH BINTI DZAHAR 

(2016418984)

No comments:

Post a Comment

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT

ARWAH ‘TOK NGULU MI’ PEMIMPIN BERWIBAWA DAN SAYANGKAN MASYARAKAT Penyayang dan berwibawa, itulah bagaimana seorang Ikon Komuniti yang bern...