by Arenna Rosli
Komuniti adalah sebuah kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain yang berada dalam sebuah kawasan yang sama. Perkumpulan seperti ini sering bantu-membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti tersebut. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan mudah. Dalam menuju era sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Oleh itu, perlu adanya seorang ketua dalam sesebuah komuniti tersebut untuk menguruskan dan mentadbir dalam menangani isu-isu atau permasalahan yang wujud di komuniti itu. Ketua tersebut merupakan ikon komuniti kerana mampu menangani dan membantu penduduk dalam komuniti. Ikon komuniti yang telah memberikan saya inspirasi akan kisahnya merupakan bapa saudara saya sendiri dimana beliau telah membuka mata saya bahwa menjadi seorang ketua dan ikon kepada zaman sekarang adalah sangat mencabar. Ditambah pula, dengan adanya Pandemik Covid-19 ini banyak menyukarkan kerja-kerja beliau dalam menguruskan kawasan komuniti kami.
Encik Raselon bin Haji Adal dilahirkan di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh yang pada 29th December 1959. Beliau merupakan anak ke-empat (4) dari sepuluh (10) orang adik - beradik yang merupakan lelaki sulung dalam keluarga Haji Adal bin Jawi. Beliau kini telah berumur 61 tahun. Beliau mempunyai Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong, Sungai Buloh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading. Beliau mempunyai kelulusan sehingga Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan tidak menyambung pelajaran hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana membantu ayah dan ibunya berniaga di warung mereka di Simpang Tiga Kg. Paya Jaras Hilir. Setelah itu, beliau bekerja di kilang roti selama 5 tahun bagi menampung keluarga setelah ayahnya jatuh sakit. Kemudian, beliau telah mendapat pekerjaan di dalam sektor kerajaan iaitu di Jabatan Pengairan Selangor Daerah Gombak (JPS) dan telah bersara pada umur 60 tahun baru ini. Beliau mempunyai tujuh (7) cahaya mata iaitu lima (5) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan.
Foto Encik Raselon bin Haji Apal bersama isterinya
Gelaran Encik Raselon bin Haji Apal di Kampung Paya Jaras Hilir adalah Tok Empat. Hal ini kerana terdapat sejarah berkenaan dengan panggilan tersebut. Paya Jaras ialah sebuah kampung yang terletak di mukim Sungai Buloh, Selangor. Paya Jaras dibuka pada tahun 1960. Nama 'Paya' diberi kerana pada waktu itu, kawasan kampung itu dipenuhi paya manakala nama 'Jaras' adalah sempena nama sebatang pokok yang cukup besar tertanam di kampung itu. Ketua kampung pertama memotong pokok itu kepada empat bahagian, mewakili empat kampung yang yang diberi nama Paya Jaras Tengah, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Hulu dan Paya Jaras Hilir. Gelaran Ketua Kampung ialah 'Tok' contohnya Ketua Kampong Paya Jaras Hilir digelar Tok Empat (4). Oleh itu, panggilan itu akan diberikan kepada Pengerusi Majlis Ketua Kampung di Paya Jaras Hilir.
Sepanjang menjadi Tok Empat di Kampung Paya Jaras hampir dua (2) tahun, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan iaitu Program Bersama Anak-anak Belia yang telah dihadiri lebih dari 300 orang, Program Bantuan Covid-19 dan Bulan Ramadhan. Gotong-Royong Menghapus Denggi, Karnival Pertanian dan Pertenakkan dan pelbagai lagi.
Foto Program Bersama Belia-belia
Foto Gotong-Royong Hapus Denggi
Foto Karnival Pertanian dan Penternakan
Foto Program Bantuan Covid-19
Fungsi utama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah membuat perancangan dan pelaksanaan projek/ program di kampung disamping menggerakkan penglibatan komuniti setempat. MPKK juga adalah merupakan perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul.
Fungsi Pengerusi MPKK:
Struktur Organisasi MPKK di Bawah Kerajaan Persekutuan:
Foto Struktur Organisasi di bawah kerajaan Persekutuan
Sumber: Majlis Pengurusan Ketua Kampung
Struktur Organisasi MPKK di Bawah Bukan Kerajaan Persekutuan:
Foto Struktur Organisasi di bawah Bukan Kerajaan Persekutuan
Sumber: Majlis Pengurusan Ketua Kampung
Slogan yang sering dipegang oleh Encik Raselon adalah “Kepimpinan adalah kemampuan untuk membentuk sebuah organisasi gerakan kearah yang diperlukan dan membuat orang senang tentang hal itu” kerana beliau berpendapat bahwa jika ingin orang lain mudahkan kita maka kita perlu memudahkan orang lain.
No comments:
Post a Comment