PEMIMPIN
YANG BERINTEGRITI: ENCIK MOHAMED SAUFI SHAFIE
Oleh: Nurul Amni Binti Ismail
Seorang
pemimpin perlu berkomunikasi dengan anggota organisasinya untuk memperolehi
kerjasama bagi menjayakan pencapaian matlamat organisasi. Begitulah juga dengan
aktiviti yang dijalankan oleh organisasi yang memerlukan sokongan dan kerjasama
daripada ahli yang berada dalam organisasi yang meliputi pelbagai lapisan kaum.
Di dalam memimpin sesebuah organisasi, maka peranan kepemimpinan kawasan organisasi
adalah penting dalam usaha menjayakan keharmonian dan memupuk semangat sayang
pada organisasi tersebut. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Pemimpin
masyarakat dalam komuniti didefinisikan sebagai orang yang memimpin dan
difahamkan sebagai juru tunjuk. Pemimpin masyarakat dalam komuniti pula dapat
ditakrifkan sebagai orang yang memimpin dalam sesebuah komuniti seperti Ketua
Kampung, Imam, Nazir Masjid, Wakil Rakyat dan sebagainya.
Encik Mohamed Saufi Shafie |
Encik Mohamed Saufi Shafie dan keluarga |
Ikon Komuniti
yang telah dipilih ialah Encik Mohamed Saufi Shafie. Beliau dilahirkan pada 24
September 1960, berasal dari Kelantan dan telah menetap di Rawang, Selangor.
Setelah tamat pembelajaran Tingkatan 5, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau
dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan sekarang beliau bekerja sebagai
Kontraktor Binaan. Seterusnya, beliau mula memegang jawatan sebagai pemimpin
sejak tahun 2006 lagi. Antara jawatan dalam komuniti yang dipegang oleh beliau
ialah YDP Pibg SMK Rawang (2006
hingga 2020), Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Rawang (2016 hingga
sekarang), Pengerusi KRT Rumah Teres Taman Tun Teja (2018 hingga sekarang) dan
Timbalan Nazir Masjid Al Falah Taman Tun Teja Rawang. Encik Saufi telah
berkeluarga dan mempunyai 5 orang cahaya mata iaitu dua orang anak lelaki dan 3
orang anak perempuan.
Antara pencapaian beliau ialah mendapat pengiktirafan Mejar Kehormat
Rela Tahun 2016 iaitu Pangkat Major
Kehormat Rela. Selain itu, slogan kata yang telah diterapkan oleh Encik Saufi
ialah “Takkan Meningkat Iman Seseorang Tanpa Diuji”. Antara amanat Encik Saudi
ialah “Setiap Kejayaan yang sebenar adalah kepuasan hati kita untuk merasa
nikmatNya. Lakukan kebaikan Bersama-sama denga HATI”. Di samping itu, kata –
kata peransang yang diberikan oleh beliau ialah “Sentiasa Redha atas segala
Rezeki Allah dgn Bersyukur. Sentiasa Yakin, Tiada kamus Kalah bagi mereka yg melakukan sesuatu kebaikan
Kerana Allah”.
Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 lagi. Visi bagi persatuan
ini ialah “Menjadikan Taman Taman Tun Teja hidup Bermuafakat, Cakna,
Indah, Harmoni sesama insan untuk membentuk Masyarakat Madani Melalui Penerapan
Nilai-Nilai Pembangunan Seimbang”. Manakala misi bagi persatuan ini pula ialah
“Memastikan semua aktiviti dan program yang dilaksanakan sentiasa pada
tahap cemerlang, berkualiti dan telus”. Selain itu, terdapat beberapa tujuan
dan matlamat penubuhan Persatuan Taman Tun Teja, antaranya ialah menjadikan
Persatuan Taman Tun Teja sebagai medium untuk menguruskan kawasan komuniti
kejiranan ke arah pembangunan yang harmoni dan sejahtera. seterusnya,
Menjadikan Taman Tun Teja sebagai ‘tempat kediaman yang selamat’ melalui
aktiviti-aktiviti intergrasi sosial dan pencegahan kegiatan jenayah serta
gejala sosial. Selain itu, mewujudkan persekitaran fizikal yang menarik dan
bersih untuk kepentingan penduduk sedia ada dan generasi akan datang melalui
pendekatan Pendidikan dan akhir sekali, menjadi penghubung antara penduduk
dengan pihak berkuasa tempatan, institusi kerajaan, swasta dan pemaju dalam
mewujudkan kerjasama dan memperjuangkan kepentingan penduduk ke arah mencapai
suasana persekitaran Taman Tun Teja yang harmoni dan sejahtera.
Carta Organisasi Persatuan Taman Tun Teja, Rawang |
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di
Taman Tun Teja bagi mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk. Antara aktiviti
yang dijalankan oleh ialah Majlis Korban dan Tahlil Hari Raya Aidiladha,
Aktiviti Gotong – Royong Perdana, Mesyuarat Agung kali ke - 15 akan dirasmikan
oleh YB Chua Wei Kiat, Program Astro Oasis “Tazkirah Malam Jumaat”,
Pertandingan Bolasepak dan Bola Jaring 5 Sebelah dan banyak lagi. Antara contoh
bagi beberapa aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2019 ialah:-
Pertandingan Bolasepak dan Bola Jaring 5 Sebelah
Pertandingan ini diadakan pada 9 & 1o November 2019, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Pertandingan ini diadakan di Padang dan Dewan Serbaguna Apartment Taman Tun Teja. Selain itu, Pertandingan ini boleh disertai oleh semua penduduk Taman Tun Teja dan juga penduduk taman – taman yang berdekatan seperti Taman Bersatu, Rawang.
Program Astro Oasis “Tazkirah Malam Jumaat”
Program ini diadakan dengan Kerjasama Astro Oasis bagi “Tazkirah Malam Jumaat”. Program ini diadakan bagi menarik semua penduduk untuk mendengar tazkirah daripada para penceramah - penceramah jemputan seperti Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan ramai lagi. Selain itu, program ini diadakan pada 19 Julai 2019 bertempat di Masjid Al Falah, Taman Tun Teja, Rawang.
No comments:
Post a Comment